al-Masih ad-Dajjal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ













Dari Abi Umamah Al-Bahiliy r.a., beliau berkata; Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam banyak menyentuh masalah Dajjal. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:

"Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menjaga orang-orang mukmin”

(Hadis Riwayat Muslim)


Dari Rib'iy bin Hirasy, katanya: "Saya berangkat dengan Abu Mas'ud al-Anshari ke tempat Hudzaifah al-Yaman r.a., lalu Abu Mas'ud berkata kepadanya: "Beritahukanlah kepadaku apa yang pernah kamu dengar dari Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tentang Dajjal." Hudzaifah lalu berkata, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya Dajjal itu keluar dan sesungguhnya berserta Dajjal itu ada air dan api. Adapun yang dilihat oleh manusia sebagai air, maka sebenarnya itu adalah api yang membakar, sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka sebenarnya itu adalah air yang sejuk dan tenang. Maka barangsiapa yang menemui Dajjal di antara kamu semua, hendaklah masuk dalam benda yang dilihatnya sebagai api, kerana sesungguhnya ini adalah air sejuk dan tenang."

Setelah itu Abu Mas'ud berkata:
"Saya pun benar-benar pernah mendengarnya seperti itu."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)




Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa a.s. yang diangkat oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini (Masjid Ummayad, Damascus Syria) lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al Munawwarah bersebelahan makam baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Sama juga halnya dgn Nabi Khidir a.s., para malaikat, dan iblis yang ditangguhkan kematian sehingga qiamat nanti.





Dari Hudzaifah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 

"Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya yang kerinting serta dia membawa Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka bagi orang Islam dan beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala"

(Hadis Riwayat Muslim)


Ada beberapa ciri perwatakkan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, diantaranya Dajjal seorang yang kelihatan muda, berbadan besar, sasa dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.

Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua, iaitu;

Pertama: 
Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua: 
Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak, kerana ia akan dibaca oleh 'mata hati' bukannya mata luaran kita. 

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.




Menurut hadis riwayat Imam Muslim, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama iaitu diciptakan bersamaan diciptanya Nabi Adam a.s. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditemani oleh seekor binatang yang bernama 'Al-Jassasah' yang membawa maksud 'pengintip'. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk keluar dari alam Samawat menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat. Ada pendapat Dajjal akan muncul di Iran kota Isfahan iaitu dari arah Khurosan.

Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. UFO sering kelihatan muncul dibandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy. (agama Kristian palsu kerana Rum yang sebenarnya telah dinyatakan di dalam al Quran Surah Ar Rum (30) dan dalam hadis-hadis yang membawa maksud kerajaan Byzantine atau Constatinople)



Dari Amir Ibnu Sharahil Shabi Shab Hamdan dan disampaikan dari Fatimah binti Qais dan Fatimah mendengar hadis ini terus dari Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Hadis ini sangat panjang dan izinkan saya untuk meringkaskan hadis ini dalam bentuk cerita. Pada suatu hari, selepas menunai solat fardhu, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam naik ke atas mimbar dan berkata kepada semua para sahabat baginda yang berada di dalam masjid itu. 

"Aku akan memberitahu kalian tentang apa yang pernah aku katakan dahulu, telah diberi kepastian oleh seorang pemuda". 

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menceritakan tentang pengalaman seorang Nasrani bernama Tamim ad-Dari yang baru memeluk Islam dan berbaiah kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Cerita yang disampaikan oleh Tamim ad-dari sangat bertepatan dengan apa yang dikisahkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kepada para sahabat sebelum ini.

Pada suatu ketika, Tamim ad-Dari bersama 40 orang sahabat dari kaum Lakhm dan Juzdam mengharungi lautan dan dilambung ribut badai dan gelora. Setelah dilambung badai selama 1 bulan, mereka akhirnya bertemu dengan sebuah pulau misteri yang berada di tengah-tengah lautan dan mereka berlabuh di pulau itu dengan menaiki perahu kecil. (Sheikh Imran Hosein berpendapat bahawa pulau tersebut adalah Britain dan laut yang dilayari oleh mereka adalah Laut Mediterranean bukannya Laut Merah kerana berdasarkan tempoh yang panjang untuk menjumpai daratan)

Setibanya mereka sampai di pulau tersebut, mereka sangat terkejut apabila didatangi oleh seekor binatang yang tebal bulunya. Sehingga mereka tidak dapat membezakan yang mana satu bahagian belakang dan depan binatang itu.

“Apakah kamu ini?” 
tanya mereka kepada binatang itu.

“Akulah pengintip rahsia (iaitu Jassasah)”, 
jawab binatang berbulu lebat itu. (Jassasah ialah apa yang kita anggap selama ini sebagai Bigfoot)

“Pengintip apa?”
mereka bertanya lagi.

“Tak usahlah kamu bertanya lagi. Pergilah kamu temui seorang lelaki yang berada di dalam biara (monastri) kerana ia sangat merindukan berita dari kamu”, 
jawab binatang itu lagi.

Mereka pun pergilah ke biara itu. Apabila mereka sampai di dalamnya, mereka menjumpai sebesar-besar manusia yang dirantai dengan kuat. Kedua tangannya dibelenggu di lehernya. Kaki dan lututnya diikat dengan besi hingga buku lalinya.

“Makhluk apakah kamu ini?” 
tanya mereka kepada makhluk itu.

“Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku. Kamu pula siapa?”
tanya makhluk itu kembali.

“Kami adalah bangsa Arab. Kami belayar di laut yang bergelora lalu kapal kami dipukul ombak selama sebulan dan akhirnya kami terdampar di pulaumu ini”, 
jawab mereka.

Setelah mendengar penjelasan mereka, makhluk berantai itupun bertanya, 
“Cuba ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan. Adakah ia masih berbuah?”, tanya makhluk itu.

“Ya! Ia masih berbuah.” 
jawab mereka.

“Sesungguhnya hampir ia tidak berbuah lagi. Bagaimana pula tentang Tasik Thabariayah (Sea of Galilee)? Apakah ia masih ada air?” tanya makhluk itu lagi.

“Airnya masih banyak.”
jawab mereka.

Lalu dia berkata 
“Sesungguhnya tidak lama lagi ia akan kering”. 

Kemudian dia bertanya lagi, 
“Bagaimana pula dengan mata air Zughar? Apakah masih ada airnya dan apakah penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka?” 

“Ya! Airnya masih banyak dan penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka”, 
jawab mereka.

Kemudian dia bertanya lagi, 
“Bagaimanakah dengan nabi ummiyin (yakni Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam)? Apakah yang dikerjakannya? Dan apakah orang-orang Arab memeranginya? Dia dilahirkan di Mekah dan telah berhijrah ke Yathrib (Madinah)"

Ya, mereka memeranginya” jawab mereka.

“Seterusnya bagaimana perlakuannya terhadap mereka?” tanya makhluk itu berkenaan Rasulullah.

“Dia telah banyak memperolehi kemenangan terhadap mereka, bahkan hampir semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah mengikutinya” mereka menjawab.

“Sungguhkah itu yang terjadi?”, tanya makhluk itu untuk mendapatkan kepastian.

“Ya! Sesungguhnya itulah yang terjadi”, jawab mereka dengan yakin.

Lalu makhluk itu berkata,
“Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang terbaik. Maka sekarang ini aku ingin memberi tahu kepadamu siapakah sebenarnya aku. Akulah Al Masih Ad Dajjal. Rasanya sudah hampir diizinkan aku untuk keluar. Bila aku keluar nanti aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehinggakan tiada sebuah kampung pun yang terkecuali. Aku akan berada selama 40 hari kecuali Makkah dan Tahibah (Madinah). Kedua kota ini diharamkan ke atasku. Aku dihalang oleh Malaikat dengan pedang yang terhunus. Mereka mengawal kedua-dua kota itu daripadaku dan sesungguhnya pada setiap Malaikat yang menjaganya”, terang makhluk yang bernama AL MASIH AD DAJJAL itu.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menghentak tongkatnya seraya berkata,
“Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah yakni Madinah. Bukankah aku telah sampaikan berita ini kepada kamu semua?”

“Benar, wahai Rasulullah!”,
para sahabat menjawab.

Hadis Riwayat Muslim




Dajjal adalah makhluk 'wujud' dan diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan kebijaksaan-Nya dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah mengurniakan Dajjal kuasa yang menakjubkan dan Dajjal akan dilepaskan kedunia nyata semasa penghujung akhir zaman (telah dilepaskan di zaman kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam). Dajjal mempunyai dua misi utama iaitu misi umum dan misi spesifik. Misi umum ialah untuk menguji semua manusia iaitu menguji tahap keimanan umat Islam. Mereka yang gagal dalam ujian Dajjal akan menuju ke dalam api neraka. Ujian Dajjal merupakan satu ujian yang sangat susah dan ia diberi perkhabaran oleh setiap Nabi dan Rasul sejak dari penciptaan Adam a.s lagi. Fitnah Dajjal merupakan fitnah yang paling besar dalam sejarah peradaban manusia sejak dari zaman umat Nabi Adam a.s hingga zaman umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Misi spesifik Dajjal pula ialah untuk menyamar sebagai al-Masih (The Messiah) dalam usahanya untuk menyakin Bani Israel bahawa dialah al-Masih (The Messiah) iaitu 'penyelamat'. Di antara kemampuan Dajjal ialah:


Pertama: 
Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya – Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya:

"Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” 

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab: 
“Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” 

(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)


Kedua:
Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka. Diantara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka, iaitu sungai dan api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yang sebenar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

Secara analoginya kita lihat sekarang, syurga dunia seperti maksiat dan hiburan tanpa batasan, kemewahan, kenikmatan hidup, cintakan dunia dan pelbagai lagi adalah ibarat syurga. Dan mereka yang terpengaruh dengannya akan berseronok dan puas dengan hiburan-hiburan tersebut seperti hidup di dalam syurga. Juga keluarnya bermacam alat–alat canggih seperti komputer, handphone, mp3 player, video player dan lain-lain. Menunjukkan semua ini ibarat syurga dunia, yang sebenarnya adalah jalan ke neraka jika kita terlampau leka dan terpesona dengannya.

Dan kehidupan yang tidak bermewah, tidak berhibur dan berseronok adalah ibarat berada dalam neraka dunia sekarang. Sehinggakan mereka yang sudah biasa berseronok akan merasa boring dan tidak puas hati jika tidak dapat berhibur, berseronok dan menikmati kemewahan duniawi. Sedangkan kehidupan yang seperti neraka dunia itu lah yang boleh membuka jalan ke syurga iaitu kehidupan yang serba sederhana, qana’ah dan zuhud dengan dunia.

Ketiga:
Kepantasan perjalanan dan negeri-negeri yang tidak dapat dimasukinya. Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam. Dalam sebuah hadis..


"… Kami bertanya: 
Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? 

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab,
Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” 

(Hadis Riwayat Muslim)


Dan ada lagi kenderaan yang lebih pantas dari jet, yang dapat bergerak sepantas cahaya iaitu piring terbang. Mengikut gambar-gambar yang dapat dirakam oleh NASA dan bukti-bukti dari banyak pihak, memang mereka dapat bergerak selaju cahaya dan menghilang dengan sekelip mata.

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

Keempat:
Bantuan syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya. Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal kerana bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Nabi Adam a.s.

Syaitan dari jin dan juga manusia akan berusaha membantunya, kerana mereka ingin mewujudkan satu pemerintahan di muka bumi ini. Iaitu pemerintahan sebuah kerajaan yang akan diperintah oleh Lucifer (IBLIS). Dan gerakan yang mewakili syaitan-syaitan dari kalangan manusia ini dikenali sebagai gerakan Illuminati yang pecahan-pecahannya terdiri dari banyak kumpulan seperti Skull and Bones, Freemasons, Bohemian Grove, The Bilderberg Group, The Trilateral Commission, The Council on Foreign Relations dan beberapa lagi pertubuhan-pertubuhan rahsia.



Untuk memahami Dajjal dan kapasitinya sebagai al Masih, kita hendaklah memahami terlebih dahulu siapakah itu sebenar al Masih. Selepas Bani Israel telah tinggal dan menghuni di Tanah Suci dan selepas Nabi Daud a.s. menubuhkan Negara Israel (Nabi Daud merupakan seorang Muslim dan negara Israel ini adalah Islamik) juga selepas Nabi Sulaiman a.s. mengangkat Negara ini sehingga menjadi sebuah negara yang terunggul yang pernah disaksikan dalam sejarah dan juga selepas Bani Israel melalui Zaman Kegemilangan atau Zaman Keemasan. Namun Bani Israel kemudiannya telah melakukan kemungkaran iaitu melanggar perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan melakukan banyak dosa terhadap-Nya. Lantas, Allah Subhanahu Wa Ta'ala menghalau mereka keluar dari Tanah Suci. Surah Israa' (17) dalam al Quran menceritakan tentang ini:


وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً 
Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar".

(Surah Al Israa' : 4)


Jelas bahawa DUA KALI Bani Israel telah berbuat kerosakan. Mereka telah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk mewarisi Tanah Suci. Justeru Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menghantar tentera Babylon untuk memusnahkan Negara Israel dan membawa Bani Israel kepada perhambaan di Babylon (kini Iraq). Jadi, Zaman Kegemilangan (I) telah berakhir dan Bani Israel telah meratapi kesedihan di Sungai Babylon. Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah mengutuskan para Nabi dan Rasul dan di kalangan para Nabi itu bernama Nabi Daniel yang merupakan tokoh yang amat penting. 

Apabila Nabi Daniel diutuskan kepada Bani Israel di Babylon, nabi ini telah menyampaikan janji daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada Bani Israel bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengutuskan seorang Nabi yang istimewa untuk mereka kerana Nabi ini akan mengembalikan semula Zaman Kegemilangan (II) (Zaman Kegemilangan I sebelum ini adalah semasa Pemerintahan Nabi Sulaiman a.s yang pernah memerintah Dunia). Dan apabila Nabi ini diutuskan, Fungsi Nabi ini adalah untuk mengembalikan Zaman Kegemilangan dan seterusnya memerintah Dunia dari Jerusalem. Nabi yang istimewa ini yang akan diutuskan untuk Bani Israel ialah al-Massih. Di dalam usaha untuk mengembalikan Zaman Kegemilangan (II) Bani Israel, terdapat 4 implikasi untuk membolehkan janji itu tercapai ialah:


1) Beliau hendaklah memerdekakan Tanah Suci daripada pemerintahan bukan Yahudi kepada pemerintahan Yahudi.

2) Beliau haruslah membawa Bani Israel kembali ke Tanah Suci.

3) Beliau hendaklah membangunkan kembali Negara Israel.

4) Negara Israel itu mestilah berkembang menjadi kuasa pemerintahan dunia supaya al-Massih boleh memerintah dunia dari Jerusalem.


Hanya dengan itu sajalah Zaman Kegemilangan (II) seperti era Nabi Sulaiman a.s akan berulang. Allah Subhanahu Wa Ta'alatelah menunaikan janjiNya dengan menghantar al-Massih iaitu Nabi Isa a.s sebagai utusan-Nya, akan tetapi, Bani Israel telah menolaknya. Terdapat sesetengah Yahudi yang menerimanya dan ada juga yang menentangnya. Punca penolakan Isa a.s sebagai al-Massih adalah kerana Bani Israel menganggap bahawa Isa a.s adalah anak luar nikah (wa'iyazubillah) kerana kononnya ibu Nabi Isa a.s, Maryam melahirkannya tanpa suami. Bani Israel telah menolaknya kerana mendakwa bahawa kononnya anak luar nikah tidak boleh menjadi al-Massih. Dan apabila mereka melihat kononnya Isa a.s mati disalib, segala-galanya telah pasti bahawa walaupun beliau sendiri mendakwa diri beliau sebagai al-Masih tetapi Rabbi Yahudi telah menolaknya, Bani Israel percaya bahawa beliau (Isa a.s) bukanlah al-Masih kerana, 


Pertama, 
Pada pandangan mereka Nabi Isa a.s telah mati sedangkan Tanah Suci belum dimerdekakan lagi di bawah pemerintahan empayar Rom. 


Kedua, 
Pada pandangan mereka Nabi Isa a.s telah mati sedangkan Negara Israel belum dibangunkan semula. 


Ketiga,
Pada pandangan mereka Nabi Isa a.s telah mati sedangkan Negara Israel masih belum menjadi kuasa pemerintahan dunia dari Jerusalem.


Jadi, oleh sebab itulah mereka menanti-nantikan kedatangan al-Massih yang sebenar sedangkan apa yang diketahui umum bahawa Nabi Isa a.s adalah al-Massih yang sebenar. Nabi Isa a.s sebenar tidak disalib seperti apa yang mereka dakwa kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman di dalam al-Quran bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala memperlihatkan kepada mereka yang beliau telah disalib dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengangkat Nabi Isa a.s kepada-Nya membuktikan bahawa Nabi Isa a.s masih hidup dan belum mati seperti yang didakwa Bani Israel.


وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَـكِن شُبِّهَ لَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُواْ فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلاَّ اتِّبَاعَ الظَّنِّ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِيناً 
dan kerana ucapan mereka : "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, 'Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan 'Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) 'Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah 'Isa.

(Surah An Nisaa' : 157)


Buktinya, Nabi Isa a.s akan kembali ke dunia suatu hari nanti untuk merasai al-Maut yang tidak pernah dirasainya. Memandangkan mereka masih menanti-nanti kedatangan al-Masih, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah memaklumkan kepada kita bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menghantar suatu makhluk (manusia luar biasa) pada akhir zaman nanti yang akan menyamar sebagai al-Masih dan menyakinkan kepada kaum Yahudi bahawa dia akan mengembalikan Zaman Kegemilangan (III) kepada Bani Israel. Walaubagaimanapun, mereka (Bani Israel) telah ditipu oleh makhluk tersebut kerana dia bukan al-Masih yang sebenar. Makhluk itu sebenarnya adalah Dajjal.

Dari Hudzaifah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Dajjal ialah orang yang 'buta' matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga (sungai) dan Neraka (api). Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka

(Hadis Riwayat Muslim)


Setiap rasul utusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memberi amaran kepada kaumnya tentang Dajjal. Tapi tiada seorang Rasul yang pernah berbicara tentang Dajjal secara fizikal. Ia 'disimpan' sehinggalah kepada Rasul yang terakhir untuk memberitahu rupa dan fizikal Dajjal. Dajjal seorang lelaki yang kelihatannya masih muda, berbadan besar dan tegap, agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.

Mata kanannya 'buta' kelihatan seperti anggur yang terbonjol keluar. Apakah kepentingan tentang lelaki bermata satu ini? Lelaki bermata satu boleh melakukan perkara yang luar biasa. Dajjal mempunyai perkataan kafir ditulis diantara matanya dan dahinya. Setiap mukmin akan mampu membacanya samada mereka boleh membaca dan menulis atau mereka tidak boleh membaca dan menulis, mereka pasti dapat membacanya. Sekarang sudah jelas, mereka bukannya membaca dengan mata fizikal kita. Adakah kita mempunyai mata lain selain mata fizikal dikepala..?

Apabila kalian mampu menjawab soalan ini maka kalian akan mampu memahami asas strategi Dajjal. Dajjal melihat dengan satu mata, menandakan bahawa Dajjal hanya mempunyai penglihatan luaran. Oleh itu, apa yang kita tahu hanya datang dari apa yang kita lihat. Dajjal buta mata kanannya sebenarnya menandakan bahawa Dajjal 'buta hati'. al-Quran pernah menyatakan bahawa:

"apabila hati seseorang yang beriman dan Allah akan menitipkan cahaya kepadanya, hati itu mampu melihat dan mendengar"

Apabila Dajjal melaksana misinya (4 Peringkat yang saya nyatakan tadi), tugasnya ialah membawa manusia kepada penyakit buta hati. Mereka hanya melihat dengan penglihatan luaran. Dajjal datang dengan sungai dan api, tetapi sungainya adalah apinya dan apinya adalah 'air sungai yang sejuk'. Barangsiapa yang 'jatuh' ke dalam sungainya, akan bertambah dosanya dan barangsiapa yang 'jatuh' ke dalam apinya, akan dilepaskan dari beban dosa. Dengan kata lain, zaman Dajjal zaman di mana penampilan dan realiti adalah berlainan sama sekali antara satu sama lain. Sekiranya penilaian dibuat berdasarkan kepada pemerhatian luaran, tetapi realiti dalamannya adalah sesuatu yang berlainan.

Jadinya penilaian yang dibuat itu boleh jadi salah. Berdasarkan apa yang kalian lihat melalui penampilannya, pada zaman Dajjal, kalian akan tersilap dan tertipu kerana realiti adalah bertentangan dengan penampilan. Tetapi pada akhir zaman ini lah, golongan yang mampu 'menembusi' penampilan luaran sesuatu perkara, untuk mengenalpasti realiti sebenarnya dan dengan itu mereka tidak akan tertipu adalah mereka yang hatinya berada dalam keadaan itu. Perumpamaannya, samada berjanggut, berserban, mungkin berada di masjid 5 kali sehari, tetapi mereka juga mungkin tidak mempunyai apa-apa langsung di dalam hatinya, jadinya dia juga tidak mampu melihat. Tetapi apabila hati kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, apabila hati berserah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan apabila hati berkata 'Aku hidup kerana-Mu! Aku mati kerana-Mu. (al-Quran, 6:162)' ... maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menitipkan Nur kedalam hati itu. Dan apabila orang itu melihat dengan Nur.


قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 


Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. 

(Surah Al An'aam : 162)


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Bertaqwalah mengikut firasat mukmin yang sejati kerana apabila dia melihat, dia melihat dengan Nur Allah"
(Hadis Riwayat at Tirmidzi)



Jadinya, ini adalah strategi Dajjal untuk membawa manusia kepada penyakit buta hati. Jadinya, mereka akan tertipu dan penilaian yang mereka buat juga salah. Mereka diuji dan mereka gagal dalam ujian Dajjal.


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Golongan terakhir yang akan keluar kepada Dajjal adalah wanita. Dan lelaki terpaksa pulang ke rumah dan perlu 'mengikat' isteri, adik-beradik dan anak mereka untuk menyelamatkan dan melindungi mereka dari Dajjal."



Pada pendapat Sheikh Imran Hosein, ia merujuk kepada revolusi feminis moden yang berjuang atas nama kebebasan wanita. Apabila kita melihat revolusi feminis di tempat kerja, intipati utamanya revolusi feminis adalah pemberian hak dan kebebasan sama rata kepada wanita untuk mengambil alih tugas yang biasa dilakukan oleh lelaki, itulah tujuan utama mereka. Sebenarnya, tiada perbezaan peranan antara lelaki dan wanita. Lelaki mempunyai tugas asas mereka dan sama juga wanita mempunyai tugas asas mereka. Akan tetapi, para feminis mengatakan 'tidak' kepada semua ini. Mereka mahu melakukan perkara sama seperti yang lelaki lakukan. Rujuklah al-Quran.


وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى 
Demi malam apabila menutupi (cahaya siang),


وَالنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّى 
Demi siang apabila terang benderang,


وَمَا خَلَقَ الذَّكَرَ وَالْأُنثَى 
Demi penciptaan laki-laki dan perempuan,


إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى 
Sungguh, usaha kamu memang beraneka macam

(Surah al-Lail :1-4)


Penciptaan malam dan siang sama seperti Allah menciptakan laki-laki dan perempuan. Allah Subhanahu Wa Ta'ala mahu siang kekal sebagai siang, dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala mahu malam terus kekal sebagai malam. Ia bermaksud kita semua mempunyai peranan yang berbeza. Jika dilihat kepada revolusi feminis, kelihatan seperti 'malam' sekarang cuba untuk menjadi 'siang'. Hal ini pastinya membawa implikasi yang sangat bahaya. Itulah hakikat masa kini. fahamilah sedikit demi sedikit nescaya kita dapat gambarannya. Sheikh Imran Hosein mengingatkan kita semua untuk serius dan tidak mengambil mudah akan bahaya fitnah ini.




Dajjal akan mengaku sebagai Nabi. Maka mendengar pengakuan itu orang-orang yang beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala pun berpaling darinya, sebab kaum yang beriman mengetahui benar bahawa sesudah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak akan lagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengutus seorang nabi baru.

Akhirnya, ketika perjalanan Dajjal sampai ke Khillah, iaitu sebuah jalan yang terletak antara Iraq dan Syam, dia pun menggembar-gemburkan kiri kanan menyatakan bahawa dirinya adalah tuhan yang dapat menghidupkan dan mematikan, ditambah lagi dengan menunjukkan kemampuannya mengadakan kejadian-kejadian yang menyalahi keadaan normal. Sejak itu orang-orang mu’min semakin menjauh darinya dan menolak mengakui Dajjal sebagai tuhan.

“wa man qaala fid dun-ya yaraahu bi ‘ainihi fa dzaalika zindiiqun thaghaa wa tamarrada”. Siapapun yg mengaku di dunia ini telah melihat Tuhan dgn matanya, maka dia telah menjadi zindiq, keluar batas, dan jatuh ke dalam kesesatan.

(Mundzir Nadzir: Fafirruu ila Allah: hal.29 s/d hal 30). Maktabah Muhammad bin Ahmad bin Nabhaan wa Aulaaduhu. Surabaya, Indonesia. 1956 M / 1375 H


Peringkat Kemunculan Dajjal: 

"satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.

Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.

Tanya kami; 
“Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, 

jawab Rasullullah:
“Selama 40 hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.

Tanya kami; 
“Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, 

jawab Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam; 
“Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.

(Hadis Riwayat Muslim)


Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 peringat, iaitu:

1 hari = Setahun
1 hari = Sebulan
1 hari = Seminggu
dan selebihnya = Seperti hari kita iaitu 24 jam sehari semalam


Apabila harinya seperti hari-hari kita, Dajjal akan berada dalam dimensi masa manusia. Tapi sebelum itu, pada 3 peringkat terawal, Dajjal telah wujud didunia akan tetapi Dajjal tidak berada dalam dimensi masa manusia kerana harinya tidak akan sama dengan hari kita. Apabila Dajjal berada dalam dimensi masa kita, kita akan boleh melihat dia pada waktu itu. Pada masa itu, Dajjal akan muncul sebagai seorang manusia (bukan lagi muncul dalam sistem pemerintahan dan tamadun seperti 3 peringat terawal). Dajjal seorang yang berketurunan Yahudi, seorang pemuda yang bertubuh sasa dan berambut kerinting. Pada waktu itu, apabila Dajjal muncul di dunia dalam dimensi masa kita, Dajjal akan muncul dari arah Timur. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menuding jari baginda ke arah Timur sebanyak 20 kali.


Peringkat Pertama: "satu hari seperti setahun"



Dimanakah Dajjal pada peringkat ini? Kita bernasib baik kerana kita ada jawapannya dari Sahih Muslim. Hadis ini dikenali sebagai Hadis Tamim ad-Dari. Beliau pada mulanya merupakan seorang Kristian dan memeluk agama Islam dengan mengucap kalimah syahadah di Madinah. Beliau datang kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan meriwayatkan pengalaman yang beliau telah lalui (rujuk Bab Pertama di atas).

Ianya bermula di BRITAIN! (Pax Britannica: Peringkat pemerintahan pertama Dajjal dalam dimensi masa berlainan)

Buktinya, pada tahun 1917, Setiausaha Kerajaan British, Lord Balfour telah mengumumkan Deklarasi Balfour. Pada masa itu Britain merupakan suatu kuasa besar dunia. Beliau mengumumkan dalam deklarasi tersebut bahawa Kerajaan British berhasrat untuk meneruskan usaha penempatan Kaum Yahudi di Palestin.

Pada tahun 1919, General British yang telah mengetuai angkatan tentera yang mengalahkan Kerajaan Turki Ottoman, dari perspektif kaum Yahudi, Tanah Suci Jerusalem telah dimerdekakan dan pada masa sama Britain telah menjadi sebuah kuasa dunia. Britain kemudiannya menjadi kuasa pemerintah Tanah Suci dan Liga Bangsa pada masa itu telah menganugerahkan Britain kuasa mandat untuk mengawal Tanah Suci. Britain mengawal Tanah Suci dari tahun 1919 sehingga 1948.

Pada tahun 1948, Britain bertindak sebagai 'bidan' yang bakal menyambut kelahiran seorang bayi. 'Bayi' itu adalah Negara Israel. Melihat kepada semua yang telah berlaku, Sheikh Imran telah membuat kesimpulan bahawa Pulau yang dijumpai oleh Tamim ad-Dari itu adalah Britain! Bermula dari Britain-lah, Dajjal telah dibebaskan dan memulakan misinya untuk menipu Bani Israel dan memperlihatkan kepada mereka bahawa Zaman Kegemilangan (II) mereka sudah kembali. asasnya, semuanya terkandung dalam Hadis Sahih Muslim, iaitu Hadis Tamim ad-Dari. 

Semasa Dajjal melancarkan misinya dari Britain, Tanah Suci telahpun dimerdekakan dari pemerintahan Bukan Yahudi. Semasa Dajjal berpangkalan di Britain, Yahudi telah kembali semula ke Tanah Suci serta Negara Israel dibangunkan kembali. Tiga daripada empat misi al-Massih yang disebutkan di atas telah berjaya dilaksanakan. Dengan ini, majoriti daripada Yahudi telah yakin bahawa semua ini (konon) adalah rahmat daripada Allah. Apabila Dajjal berada pada waktu "satu hari bersamaan dengan satu tahun", dia berada di sebuah pulau (Britain) menurut hadis Sahih Muslim iaitu Tamim Ad-Dari, dimanakah dia berada pada waktu "satu hari bersamaan dengan satu bulan"...?

Peringkat Kedua: "satu hari seperti sebulan"


Dimanakah dia berada pada pada waktu "satu hari bersamaan dengan satu bulan"..? Adakah dia berpindah ke kawasan yang lain..? Sekiranya dia berpindah ke kawasan yang lain, bagaimana kita boleh mengenal pasti nya? Sheikh Imran Hosein menggunakan kayu ukur untuk menentukan dan mengenalpasti samada Dajjal berpindah ke kawasan lain atau Dajjal tidak lagi berada dalam tempoh "satu hari bersamaan dengan setahun" adalah dengan melihat sekutu kepada Negara Israel itu sendiri, iaitu sekutu yang menjamin keselamatannya dan sekutu yang menyokongnya secara berterusan dan menjadikan Negara Israel itu semakin kuat. Adakah ia di Britain? Jawapannya adalah TIDAK. Ada pihak lain yang mengambil alih daripada Britain sebagai sekutu yang strategik bagi Israel. Britain masih menjadi sekutu bagi Israel, akan tetapi sekarang ada sekutu lain yang lebih penting daripada Britain. Jawapannya adalah.. Amerika Syarikat.

Ianya berpindah ke Amerika Syarikat! (Pax Americana: Peringkat pemerintahan kedua Dajjal dalam dimensi masa berlainan)

Amerika Syarikat secara tiba-tiba menjadi sekutu kuat bagi Israel pada masa sekarang. AS menyokong Israel dari segi kewangan, material dan juga dalam hal-hal ketenteraan. Sheikh Imran Hosein membuat kesimpulan mudah bahawa Dajjal tidak lagi berada di Britain pada waktu sehari bersamaan dengan sebulan. Britain telah memberi laluan kepada negara lain untuk mengambil alih kuasa. Britain pernah menjadi kuasa besar dan pernah memerintah dunia, tetapi sekarang negara lain secara tiba-tiba telah mengambil alih dari Britain untuk menjadi kuasa pemerintah dunia dan menjadi sekutu kuat bagi Israel. Ini tidak lain tidak bukan adalah Amerika Syarikat. Bilakah peralihan 'setahun' ke 'sebulan' ini berlaku?

Bukti pertama ialah semasa Perang Dunia Kedua kerana semasa terjadinya Perang Dunia Kedua, semua tentera bersekutu di Benua Eropah untuk menentang Hitler, Arahan utama adalah berada dibawah Jeneral Eisenhower, seorang Jeneral Amerika. Ini adalah bukti kukuh yang menunjukkan bahawa AS telah mengambil alih daripada Britain.

Bukti yang kedua ialah semasa penghujung Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1945, komuniti antarabangsa telah bersama-sama menganjurkan persidangan di Bretton Woods, di bahagsian utara New York, untuk mencipta satu sistem kewangan antarabangsa yang baru. Sebelum ini, London pernah menjadi pusat kewangan dunia semenjak Bank of England ditubuhkan lebih kurang 200 tahun lalu dan nilai mata wang tertinggi ketika itu adalah pound sterling British. 

Tetapi sesuatu yang pelik telah berlaku di Bretton Woods iaitu Perjanjian Bretton Woods telah mengangkat nilai mata wang Dollar AS dan perjanjian itu juga telah menjadikan Washington sebagai pusat kewangan dunia kerana International Monetary Fund (IMF) dan Bank Dunia sekarang adalah terletak di Washington. Ini adalah bukti kedua yang menunjukkan bahawa Britain telahpun berundur diri dan AS telah mengambil alih kuasa pemerintah dunia.

Bukti yang ketiga adalah lebih dramatik daripada itu. Pada tahun 1952, satu revolusi telah tercetus di Mesir dan Raja Mesir, King Farouk telah digulingkan oleh angkatan tentera dan angkatan tentera telah mengiktiraf Jeneral Muhammad Naquib sebagai Presiden akan tetapi beliau hanya berperanan sebagai ketua perhimpunan kerana ada sekumpulan pegawai tentera lain yang sebenarnya lebih berkuasa. Muhammad Naquib kekal menjasi presiden dari tahun 1952 sehingga tahun 1956. 

Tetapi pada tahun 1955, telah berlangsungnya persidangan penting antara negara Asia dan Afrika di Bandung, Indonesia. Semasa persidangan di Bandung, Muhammad Naquib tidak hadir untuk mewakili Mesir tetapi diganti dengan Gamal Abdul Nasser. Itu adalah petanda terhadap siapa yang sebenarnya berkuasa. Pada tahun 1956, Gamal Abdul Nasser menggantikan Muhammad Naquib sebagai Presiden Mesir. Tidak lama selepas itu, pada tahun yang sama, Gamal Abdul Nasser telah menasionalisasikan Terusan Suez. Terusan Suez dibina oleh seorang jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps. 

Dan kemudiannya pihak Britain dan Perancis bersama-sama menguasai Terusan Suez. Gamal Abdul Nasser ingin menasionalisasikan Terusan Suez dengan membawa tentera Britain dan Perancis keluar dari situ dan tentera Mesir kemudiannya mengambil alih Terusan Suez. Ini secara terang-terangan merupakan satu bentuk konfrontasi terhadap Britain. Demi mempertahankan status sebagai kuasa besar, Britain telah memberi respon dengan mengeluarkan AS dari pakatan dan Britain kemudiannya bersama-sama dengan Perancis menyertai Israel dalam menceroboh Mesir. Mereka mendarat di Suez dan menawan Suez. 

Askar Israel juga memasuki kawasan Semenanjung Sinai dan menawan seluruh Sinai dan tentera Israel tiba di Terusan Suez. Apa yang berlaku, Jeneral AS, Dwight Aisenhower berkata.. 'Tidak'! 'Saya tidak membenarkan pencerobohan ini berlaku' dan 'Undur tentera kamu dan Balik'!. Perdana Menteri Britain pada masa itu, Sir Anthony Eden terpaksa mengundurkan tenteranya sama terjadi kepada tentera Perancis dan Israel oleh kerana Presiden AS berkata 'Tidak'! Ini adalah bukti ketiga dan juga paling dramatik yang AS telah mengambil alih daripada Britain sebagai kuasa pemerinah dunia. 

Sheikh Imran Hosein tidak menyatakan tarikh-tarikhnya (kedatangan Dajjal) di sini sebab beliau mahu kita mengira sendiri. Pertama, itu adalah apabila satu harinya bersamaan dengan setahun, ini adalah waktu apabila satu harinya bersamaan dengan sebulan. Apa pula yang terjadi selepas itu? Sekarang adalah masa kalian untuk berfikir..

*Di setiap kuliah Sheikh Imran. beliau tidak pernah lupa mengungkap 'Allah Knows Best' Allahu A'lam -Allah Lebih Mengetahui.



Peringkat Ketiga: "satu hari seperti seminggu"


Demi menyempurnakan misinya, Dajjal perlu bergerak dari waktu satu harinya bersamaan dengan sebulan kepada waktu satu harinya bersamaan dengan seminggu. Sekiranya dia berada di satu kawasan semasa satu harinya bersaman dengan setahun dan kawasan itu menjadi kuasa pemerintah, dan kemudian apabila satu harinya bersamaan dengan sebulan dia berpindah ke satu lagi kawasan baru dan negara itu juga menjadi kuasa pemerintah, dan apabila satu harinya bersamaan dengan seminggu dia akan berpindah ke kawasan atau negara ketiga dan negara ketiga ini akan menggantikan AS sebagai kuasa pemerintah dunia. akan tetapi, negara ini tidak akan memerintah lama dan hanya mengambil masa yang singkat. Negara manakah ia? Israel? ya. semestinya!

Ianya berpindah ke Israel! (Pax Judaica: Peringkat pemerintahan ketiga Dajjal dalam dimensi masa berlainan)

Bukti pertama, tertubuhnya Negara Israel disebabkan oleh Kerajaan AS dan adanya orang seperti Jonathan Pollard. Negara Israel mempunyai senjata-senjata nuklear yang cukup untuk sekali lagi menjadi kuasa besar dunia. Tetapi untuk mendapat pengiktirafan sebagai kuasa pemerintah dunia, Israel hendaklah mempunyai sesuatu yang hebat untuk dpertontonkan, sesuatu yang berkaitan dengan ketenteraan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Apabila Israel berjaya melakukannya, ia hendaklah keluar dari latihan ketenteraan itu dan mucul sebagai sebagai kuasa dominan di kawsan tersebut supaya semua kawasan di sekitar Israel.

Bukti kedua, Semasa Britain menjadi kuasa pemerintah dunia dahulu, London pernah menjadi pusat kewangan dunia. Semasa AS menjadi kuasa pemerintah dunia, Washington pernah menjadi pusat kewangan dunia dibantu oleh New York.Sekiranya Israel perlu mengambil alih kuasa pemerintah dunia, sesuatu yang dramatik juga perlu berlaku dalam sistem kewangan di seluruh dunia. Dan kesan daripada itu, pusat kewangan dunia telah beralih kepada Jerusalem.

Sistem kewangan antarabangsa sekarang berlandaskan kepada penggunaan wang kertas (penipuan). Sistem kewangan ini memang merupakan satu penipuan kerana keseluruhan sistem kewangan dunia berhubung kepada satu matawang iaitu AS Dollar kerana apabila matawang AS Dollar jatuh, ia akan menjatuhkan keseluruhan sistem. jadi, bolehkah nilai matawang AS Dollar jatuh? Jawapannya ialah 'Ya'. Sesuatu akan berlaku yang mana akan menjatuhkan nilai matawang AS Dollar.

Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda maksudnya "akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai (sebagai wang) kecuali Dinar (emas) & Dirham (perak)" Musnad Imam Ahmad Bin Hambal.

Kita terpaksa menanggung akibat itu sekarang kerana mengabaikan sunnah baginda iaitu syiling emas dan perak. Sistem kewangan antarabangsa sekarang berada di bawah kawalan sistem perbankan Yahudi. Jika mereka mahu, mereka boleh saja menjatuhkan nilai AS dollar hari ini kerana mereka mampu melakukannnya kerana Washington telah mencetak wang kertas terlalu banyak . Kesimpulannya, dua perkara berlaku iaitu pertama, sistem kewangan perlu jatuh dan selepas itu, Yahudi akan menguasai kewangan dunia. 

Kedua, mereka haruslah mempunyai sistem ketenteraan yang mantap. Dan apabila tentera Israel ini mula menyerang, mereka menggunakan hujah 'kami terdesak' dan cuba mempertahankan diri mereka. Untuk melakukan semua ini, prosesnya bermula di mana Ariel Sharon memasuki Masjid al-Aqsa bersama dengan 1000 askar Israel dalam tindakannya yang bertujuan untuk menimbulkan provokasi supaya semangat Intifada dihidupkan kembali. Apabila pembunuhan berlaku,

Israel akan mula berbicara tentang keamanan tetapi pada masa yang sama mereka terus membunuh untuk membangkitkan semangat orang Palestin. Dan apabila penindasan terus meningkat, ia akan mula membangkitkan kesedaran di kalangan orang Arab untuk bersekutu menentang Israel. maka, serangan ketenteraan itu akan dilancarkan tidak lama lagi. Sheikh Imran Hosein berpendapat bahawa apabila semua itu terjadi, ia adalah waktu yang paling sesuai untuk melumpuhkan sistem kewangan antarabangsa dunia.

Sepanjang tempoh sebelum ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III akan berlaku dan kekejaman berleluasa serta ia dijangka berlarutan lebih kurang 19 tahun sehingga ketibaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. *rujuk Sea of Galilee.

Di zaman ini, Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Electronic atau Chip Money. Sistem yang sama diimplementasikan di seluruh dunia melalui cip yang diletakkan pada kad pengenalan. Ketika itulah, Dajjal akan berpindah dari waktu satu harinya bersamaan dengan sebulan kepada satu harinya bersamaan dengan seminggu. Sheikh Imran menyatakan inilah Zaman kita huni sekarang di mana dimensi masa sehari bersama seminggu Dajjal.

Rujuklah Sea of Galilee dan hari kekeringannya, anda pasti mengetahui telahan Sheikh Imran ini adalah BENAR bersumberkan al-Quran dan Hadis. Janganlah kita pandai mengungkap "Allah tidak pernah beritahu perkara ini @ Allah Lebih Maha Mengetahui @ Hanya kepada Allah lah terserah perkara-perkara ghaib" sedangkan kita tidak pernah berbuat sesuatu menggunakan akal kurniaan-Nya dan hanya berpeluk tubuh menunggu Hari Kiamat tiba. Kata Sheikh, inilah golongan ''kal an'am''.



Peringkat Keempat: "Selebihnya hari sama seperti hari kita"


Israel akan muncul sebagai kuasa pemerintah dunia dan tanggapan mula timbul bahawa ini adalah kebangkitan semula Zaman Kegemilangan (II). Hanya ketika itu, Dajjal akan muncul pada harinya bersamaan dengan hari-hari kita yang biasa. Sheikh Imran berpendapat bahawa, Dajjal akan menjadi pemimpin Israel dan dari Jerusalem dia akan memerintah dunia. Dia juga akan menyempurnakan misinya dan Zaman Kegemilangan (II) akan dibangkitkan semula. Tetapi, Bani Israel tidak akan sedar bahawa mereka sedang diperdaya oleh Dajjal.

Ianya berpusat di Jerusalem, Israel! (Pusat Pemerintahan keempat Dajjal dalam dimensi masa manusia yang NYATA)

Dan selepas itulah, Imam al-Mahdi akan muncul. Akan tetapi, Imam al-Mahdi tidak akan muncul sehinggalah air sudah kering di Laut Galilee. Apabila Imam al-Mahdi muncul, Nabi Isa a.s akan diturunkan dan beliau akan membunuh Dajjal. Akan Tetapi, Nabi Isa a.s tidak akan muncul sehingga air di Laut Galilee sudah kering. Ketika itu Tanah Suci akan dimerdekakan.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Apabila kalian melihat kelibat bendera hitam datang dari arah Khurasan, pergilah menyertai angkatan tentera itu walaupun kalian terpaksa merangkak di atas ais. Pergilah menyertai angkatan tentera itu! Sebab khalifah Allah, Imam al-Mahdi menyertai angkatan tentera itu dan tiada siapa yang mampu menghalang mereka sehinggalah mereka tiba di Jerusalem"

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi.)

Sheikh Imran Hosein mengingatkan golongan sekular bahawa kita tiada masa lagi untuk berdebat dengan mereka yang berlainan pendapat dengan kita. Mereka boleh memilih untuk tidak percaya sebab kita tidak kisah kerana hakikatnya telah kita ketahui. Pengembaraannya telah bermula! kita tahu, cuma tinggal sedikit masa saja lagi. Apabila tentera Islam berjaya menjatuhkan Negara Israel, Tanah Suci akan dimerdekakan. Pengikut sebenar Nabi Ibrahim a.s akan mengambil alih Tanah Suci. Negara Israel Nabi Sulaiman a.s akan dibangunkan semula oleh Nabi Isa a.s.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Isa a.s akan memerintah sebagai 'hakimul adil' (pemimpin yang adil dari Jerusalem)"

Jadi apa yang telah diriwayatkan telah menjadi kenyataan dan Zaman Kegemilangan juga akan berulang kembali, tetapi hanya pengikut Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang akan mewarisi legasi Nabi Sulaiman a.s.




Pengiraan secara rawak tahun kedatangan Dajjal 
(Allahu A'lam)


Untuk penerangan lebih lanjut tentang perkara ini sila rujuk buku "Jerusalem in the Quran" menyatakan pembahagian tempoh seperti di bawah:

1 hari seperti Setahun = Britain = Pound (Pax Britannica)
1 hari seperti Sebulan = Amerika Syarikat = Dollar (Pax Americana)
1 hari seperti Seminggu = Israel = Electronic Money/Chemtrail? (Pax Judaica)
Selebihnya = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal dan memerintah dunia secara NYATA dalam dimensi masa manusia.

Pendapat Sheikh Imran dalam bukunya 'Jerusalem in the Quran' berpandukan situasi kebangkitan di negara Arab, berkemungkinan peperangan ini akan terjadi kurang dari 30 tahun dari sekarang. Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033 (Allahu a'lam). Ini kerana Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta (umat) menghitung harinya.

Apakah maksud ini?
-Maksudnya, kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu, persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? JAWAPANNYA, terkandung dalam surah al-Hajj:47


وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَن يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْماً عِندَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ 
“…Dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai SERIBU TAHUN dari yang kamu hitung...”;

(Surah Al-Hajj : 47)


Kini kita menemukan fakta dari sumber rujukan sahih iaitu al-Quran bahawa 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya, tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.


هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاء وَالْقَمَرَ نُوراً وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ 
"Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulanbercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapatmengetahui bilangan tahun dan kiraan masa…” 

(Surah Yunus : 5)


Oleh itu, sedarlah semua. lihatlah dengan mata hati.. bahawa Dajjal telah muncul dalam kehidupan kita, akan tetapi kehidupan Dajjal yang kita huni sekarang tidak berada di dalam dimensi masa manusia di dunia. (contohnya: Malaikat wujud disekeliling kita, akan tetapi, malaikat berada dalam dimensi masa yang berbeza dengan manusia)

Huraian al-Quran dan Hadis dalam mendefinisikan taarif dimensi masa manusia dan bukan manusia berbeza ialah:

Dajjal hidup selama 40 hari:

Peringkat Pertama:
1 hari = Setahun = setahun (Dajjal) bersama 1,000 tahun (dimensi masa manusia)

Peringkat Kedua:
1 hari = Sebulan = iaitu 1,000 tahun/12 bulan = 83 tahun (dimensi masa manusia)

Peringkat Ketiga:
1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun (dimensi masa manusia)

Peringkat Keempat:
Selebihnya = hari dimana Dajjal berada dalam dimensi masa manusia.

Dari kiraan ini, kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat pertama, 83 tahun pada peringkat kedua, dan 19 tahun pada peringkat ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya'juj dan Ma'juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (kaum Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD).

Oleh itu: (fahamilah secara terperinci)

353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (Tahun 1935 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Europe (Britian) & kejatuhan Britain


1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (Tahun 2014 AD) *Zaman Kita Huni Hari Ini.
= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel iaitu bermulanya Perang Dunia III
*kita berada diakhir peringat kejatuhan Amerika sebelum peralihan kepada Israel) sedikit masa untuk berpindah ke peringkat ketiga.


1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan

= Kemunculan Imam Mahdi dan Nabi Isa
*peringkat dimana saintis Yahudi menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa 50 tahun dari sekarang lebih kurang seperti pendapat Sheikh Imran yang menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa kurang 40 tahun lagi


INGAT! Walau bagaimanapun, kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang BELUM PASTI terbukti. (Allahu a'lam) Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya'juj dan Ma'juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa).


وَحَرَامٌ عَلَى قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا أَنَّهُمْ لَا يَرْجِعُونَ 
Sungguh tidak mungkin atas (penduduk) suatu negeri yang telah Kami binasakan, bahwa mereka tidak akan kembali (kepada Kami). 


حَتَّى إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ 
Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. 

(Surah Al Anbiyaa' : 95-96)


Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahf telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berdasarkan kepada tujuh hadis riwayat Bukhari dari Zainab binti Jahsy dan hadis riwayat Muslim dari Abu hurairah r.a. Allah Knows Best!







Agaknya menarik perhatian sekali bahawa menurut Hadis Tamim Dari, Dajjal tinggal di sebuah pulau yang letaknya di sebelah Barat Syria, sedang tempat munculnya dikatakan oleh Hadis lain, berada di Timur. Lengkapnya, Hadits itu maksudnya:

“Tidak! Ia (Dajjal) akan muncul disebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sabelah Timur” 
(Kanzul-’Ummal jilid VII, halaman 2988).


Dan ada satu hadis lain yang bermaksud;

“Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menunjuk hampir 20 kali ke arah Timur” 
(Kanzul-’Ummal, jilid VIl, halaman 2991 ).


Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim mengatakan:

“Tidak ! Ia akan muncul di Timur” diikuti dengan kalimat: “Beliau menunjuk dengan tangannya ke arah Timur”. Jadi jika di suatu Hadis dikatakan bahawa tempat tinggal Dajjal ialah sebuah pulau di Barat, tetapi di lain Hadis diterangkan bahawa tempat munculnya Dajjal, atau lebih tepat lagi, tempat munculnya fitnah Dajjal ialah di Timur.

Ini menunjukkan bahawa Dajjal akan membahayakan bangsa-bangsa di Timur. Adapun kenyataan yang tak dapat dibantah lagi, bahawa fitnahnya Dajjal tak akan menimpa bangsanya sendiri, bahkan mereka akan memperolehi keuntungan dari hasil porak-peranda di Timur. Jadi yang dimaksud munculnya Dajjal di Timur ialah merajalelanya fitnah Dajjal di negara-negara Timur dengan jalan memperbudakkan penduduknya, baik secara jasmani mahupun rohani, lahiriyah mahupun batiniyah.

Menurut apa yang diterangkan dalam Hadis, terang sekali bahawa pada zaman Nabi, Dajjal itu sudah ada, akan tetapi pada waktu itu tangan dan kakinya dirantai. Inilah gambaran yang sebenarnya bagi bangsa-bangsa Eropah pada waktu itu. Mereka mengurung diri dalam tanah air mereka sendiri, lalu pada suatu ketika, mereka mengalir ke seluruh dunia untuk menakluki dan menjajah negara-negara lain, sehingga mereka benar-benar menguasai, atau setidak-tidaknya memaksakan pengaruhnya terhadap negara-negara itu, sehingga gerak-geri negara-negara itu dipimpin dan diawasi oleh bangsa-bangsa Eropah.

Itulah sebabnya mengapa di dalam Hadits diterangkan bahawa Dajjal mengaku Tuhan, kerana segala sesuatu di dunia dikerjakan menurut perintah Dajjal, seakan-akan dialah yang menguasai dan menentukan nasib bangsa-bangsa lain. Inilah apa pula yang dimaksud oleh Hadits lain yang menerangkan bahawa Dajjal ialah yang menentukan hidup-matinya orang-orang. Dengan perkataan lain, Dajjal akan meninggikan dan merendahkan darjat bangsa-bangsa lain menurut apa yang dianggap sesuai dengan tujuannya.

Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadis yang bermaksud:


“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” 
(Misykat, hal. 472).


Kata-kata seperti itu, terdapat pula dalam kitab Hadis yang lain. Misalnya, dalam sebuah Hadis, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diriwayatkan bersabda,

“Wahai manusia ! Semenjak Allah menciptakan bani Adam, tak ada fitnah di muka bumi yang lebih besar dari pada fitnahnya Dajjal” 
(Kanzul-’Ummal, jilid VII, halaman 2028).


Hadis-hadis tersebut membuktikan bahawa fitnahnya Dajjal itu tiada lain ialah merejalelanya Imperialis Eropah (Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya) sekarang ini dan menangnya agama Nasrani. Kenyataan menunjukkan bahawa sejarah ummat manusia tak dapat mempertunjukkan fitnah lain yang besarnya seperti itu.

Memang dalam sejarah pernah terjadi suatu bangsa menundukkan bangsa lain dan menguasai aspek kehidupan mereka, tetapi contoh tentang penjajahan yang menyeluruh seperti yang kita saksikan sekarang ini berupa merajalelanya imperialis dan kebudayaan Eropah di seluruh dunia, belum pernah terjadi. Daratan dan lautan semuanya dikuasai oleh imperialis Eropah.

Demikian pula kita tak dapat menemukan persamaannya tentang cara-cara kaum imperialis Barat memperhambakan bangsa-bangsa lain di dunia. Yang lebih istimewa lagi ialah bahawa mereka memiliki segala macam senjata yang dengan senjata itu, orang ramai dapat tersesat dari jalan benar dan jalan kesucian. Di sebelah sini, mereka menyesatkan orang ramai melalui sistem pendidikan, dan di sebelah sana, mereka mencapai tujuan mereka melalui penyiaran agama; kadang-kadang untuk mencapai tujuan mereka, mereka melumpuhkan jiwa manusia dengan memberikan kepada mereka kemewahan dan kesenangan jasmani; dan kadang-kadang diberikan kepada mereka hiburan-hiburan yang dapat melupakan rohani mereka sama sekali.

Sering pula ilmu pengetahuan mereka digunakan untuk menghancurkan rohani ummat manusia. Pendek kata, di seluruh sejarah manusia, fitnahnya Dajjal tak ada taranya, dan sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa tak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnahnya Dajjal, ini terpenuhi berupa merajalelanya kaum imperialis Eropah, yang bukan saja membahayakan aspek kehidupan jasmani, melainkan pula membahayakan aspek kehidupan moral dan rohani.






Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: 

Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menjaga orang-orang mukmin.

Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahf, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?

Orang Arab itu akan berkata: 
Tentu.

Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu. di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua.

Setelah itu dia katakan kepada orang ramai:
Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.

Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. 

Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam lagi:

Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah





Sebahagian Koleksi Hadis Berkaitan Dajjal : 



Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Akan ada di akhir zaman para Dajjal Pendusta membawa hadis-hadis kepada kalian yang mana kalian tidak pernah mendengarnya dan bapa-bapa kalian juga belum pernah mendengarnya. Maka kalian jauhilah (hadis itu) dan (pada) mereka (juga) jauhilah. Mereka tidak dapat menyesatkan kalian dan tidak (dapat) memfitnah kalian" 
(Hadis Riwayat Muslim, no.0008) 


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallambersabda, 

"Ada 3 perkara yang apabila keluar nescaya tidak akan bermanfaat iman seseorang yang sebelumnya beriman atau sebelumnya berusaha berbuat baik pada imannya, iaitu : terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal, dan makhluk melata di bumi'." 
(Hadis Riwayat Muslim, no.0227)


Dari Malik, dari Nafi' dari Abdullah bin Umar r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Pada suatu malam aku bermimpi di sisi Ka'bah, aku melihat seorang lelaki berkulit sawo matang, sebagaimana kamu pernah melihat seorang lelaki tampan berkulit sawo matang, dia berambut ikal sebagaimana kamu pernah melihat seorang lelaki tampan berambut ikal. Dia menguraikan rambutnya yang masih basah. Dia bersandar kepada dua orang -atau kepada bahu dua orang- sambil melakukan Tawaf di Baitullah. 

Lalu aku bertanya, 
'Siapakah lelaki ini? ' 

Ada yang menjawab, 
'Dia adalah al-Masih bin Maryam' (Nabi Isa a.s). 

Kemudian tiba-tiba aku di dekat seorang lelaki berambut keriting, mata kanannya buta seperti buah anggur yang masak ranum (maksudnya matanya keluar). 

Lalu aku bertanya, 
'Siapa pula lelaki ini? ' 

Ada yang menjawab, 
'Dia adalah al-Masih Dajjal'." 
(Hadis Riwayat Muslim, no.0246)


Dari Abu Hurairah r.a., 

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selalu meminta perlindungan dari seksa kubur dan seksa Jahanam dan fitnah Dajjal." 
(Hadis Riwayat Muslim, no.0929)


Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Jika sesiapa belajar dengan mata hati dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan dilindungi dari Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim, no.1342)


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Tidak akan terjadi hari kiamat hingga bangsa Romawi turun ke medan perang di suatu tempat bernama A'maq atau Dabiq, sehingga ada sekelompok pasukan dari Madinah yang keluar menghadapi mereka. Mereka adalah sebaik-baik penduduk bumi ketika itu.

Dan tatkala mereka berhadapan, pasukan Romawi berkata: 
'Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang menawan kami!

'Kaum muslimin menjawab: '
Tidak, demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, kami tidak akan membiarkan kalian memerangi saudara-saudara kami.'

Maka terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang kalah dimana Allah tidak akan mengampuni dosa mereka untuk selamanya, dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik para syuhada' di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan sepertiga lagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan kemenangan kepada mereka. Mereka tidak akan ditimpa sebuah fitnah untuk selamanya, lalu selanjutnya mereka menaklukkan kostantinopel. Dan ketika mereka sedang membahagikan harta rampasan perang dan tengah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun, tiba-tiba syaitan meneriaki mereka 'Sesungguhnya Al-Masih (Dajjal) telah muncul di tengah-tengah keluarga kalian,' merekapun berhamburan keluar, dan ternyata itu hanyalah kebohongan belaka. Ketika mereka mendatangi Syam, ia muncul. Dan ketika mereka sedang mempersiapkan peperangan dan sedang merapikan barisan, tiba-tiba datanglah waktu solat, dan turunlah Nabi Isa bin Maryam a.s, lalu Al Mahdi mengimami mereka. Dan apabila musuh Allah (Dajjal) melihatnya, nescaya ia akan meleleh sebagaimana garam yang mencair di dalam air, meskipun seandainya saja ia membiarkannya nantinya ia juga akan meleleh lalu binasa akan tetapi Allah menginginkan ia membunuhnya dengan tangannya lalu memperlihatkan kepada mereka darahnya yang berada di hujung tombaknya." 
(Hadis Riwayat Muslim, no.5157)


Dari Hudzaifah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Sungguh aku tahu apa yang ada bersama Dajjal, bersamanya ada dua sungai mengalir. Salah satunya secara mata kasar berupa air putih dan yang lainnya secara mata kasar berupa api yang bergejolak. Bila ada yang menjumpainya, hendaklah mendatangi syurga yang ia lihat berupa api dan hendaklah menutup mata, kemudian hendaklah menundukkan kepala lalu meminumnya kerana sesungguhnya itu adalah air dingin. Sesungguhnya Dajjal buta matanya, di atas matanya ada kulit tebal, diantara kedua matanya tertulis KAFIR yang boleh dibaca oleh setiap mukmin yang boleh membaca tulisan atau pun tidak." 
(Hadis Riwayat Muslim, no.5223)


Dari Anas bin Malik r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Dajjal diikuti Yahudi Isfahan sebanyak 70,000, mereka mengenakan jubah (Parsi)." 
(Hadis Riwayat Muslim, no.5237)


Dari Ummu Syarik (Ghuzailah binti Daudan bin 'Amru r.anha) bahawa ia mendengar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Manusia akan lari dari Dajjal ke gunung." 

Ummu Syarik bertanya: 
Wahai Rasulullah, lalu dimana bangsa Arab ketika itu? 

Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab: 
"Mereka sedikit bilangannya." 
(Hadis Riwayat Muslim, no.5238) 


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Segeralah beramal soleh sebelum (munculnya) 6 (hal): terbitnya matahari dari barat, kabut, Dajjal, binatang, kekhususan salah seorang dari kalian (kematian) atau urusan umum (qiamat)." 
(Hadis Riwayat Muslim, no.5240)




Dari 'Aisyah r.h., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam solat membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ مِنْ الْمَغْرَمِ 
(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa kubur dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Al Masih Ad Dajjal, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kehidupan dan fitnah kematian. 

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan dosa dan hutang)


Tiba-tiba ada seseorang berkata kepada beliau, 
"Kenapa Tuan banyak meminta perlindungan dari hutang?" 

Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab, 
"Sesungguhnya seseorang apabila berhutang dia akan cenderung berkata dusta dan berjanji lalu mengingkarinya." 
(Hadis Riwayat Bukhari, no.789) 

* Baca lah selepas tasyahud akhir dan sebelum member salam di dalam solat * 


Dari Anas bin Malik r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Mekah dan Madinah, kerana tidak ada satu pintu masuk pun dari pintu-pintu gerbangnya kecuali ada para malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak 3 kali sehingga Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengeluarkan orang-orang kafir dan munafik daripadanya". 
(Hadis Riwayat Bukhari, no.1748) 


Dari Abu Sa'id Al Khudriy r.a., 

Telah menceritakan kepada kami Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan pembicaraan yang panjang tentang Dajjal. Diantara yang Beliau ceritakan tentangnya adalah; 

Beliau berkata: 
"Dajjal akan datang pada suatu tanah yang tandus di Madinah (untuk memasuki Madinah) padahal dia diharamkan untuk memasuki pintu-pintu gerbang Madinah. Maka pada hari itu keluarlah seorang laki-laki yang merupakan manusia terbaik atau salah seorang dari manusia terbaik menghadangnya seraya berkata; Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. 

Maka Dajjal berkata; 
Bagaimana sikap kalian jika aku membunuh orang ini lalu aku menghidupkannya kembali, apakah kalian masih meragukan kemampuanku? 

Mereka menjawab: 
"Tidak". 

Maka Dajjal membunuh lelaki terbaik itu lalu menghidupkannya kembali. 

Lelaki itu berkata, ketika Dajjal menghidupkannya kembali; 
"Demi Allah, hari aku tidak akan lebih waspada kecuali terhadap diriku sendiri. 

Maka Dajjal berkata; 
"Aku akan membunuhnya lagi". Maka Dajjal tidak sanggup (tidak mampu) untuk menguasainya". 
(Hadis Riwayat Bukhari, no.1749) 


Ibnu 'Umar r.a., berkata : 

"Kemudian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berdiri di hadapan manusia, lalu memuji Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang Dia satu-satunya yang paling berhak dipuji kemudian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyebutkan masalah ad Dajjal dan bersabda: 

"Sesungguhnya aku mengingatkan kalian tentangnya dan tidak ada seorang Nabi pun kecuali telah mengingatkan kaumnya tentang Dajjal itu. Sesungguhnya Nabi Nuh a.s. telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada kalian tentangnya yang para Nabi (sebelumku) belum pernah mengatakannya, iaitu bahawa ad Dajjal itu a'war (buta sebelah matanya) dan sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidaklah buta sebelah". 
(Hadis Riwayat Bukhari, no.2829) 


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Mahukah kalian aku ceritakan tentang Dajjal yang belum pernah diceritakan oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya, iaitu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan dia datang dengan perumpamaan syurga dan neraka. Maka yang dikatakanya sebagai syurga sesungguhnya adalah nereka dan aku ceritakan kepada kalian sebagaimna Nabi Nuh a.s. menceritakannya kepada kaumnya". 
(Hadis Riwayat Bukhari, no.3090) 


Dari Hudzaifah r.a., berkata : 

"Sungguh aku pernah mendengar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, Dajjal keluar dengan membawa air dan api. Adapun apa yang dilihat manusia sebagai api sebenarnya adalah air yang dingin, dan yang dilihat manusia sebagai air sesungguhnya dia adalah api yang membakar. Maka siapa di antara kalian yang berjumpa dengannya hendaklah mengambil yang di tangannya yang nampak seperti api kerana itu adalah air yang segar lagi dingin” 
(Hadis Riwayat Bukhari, no.3194) 


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 

"Tidak akan terjadi hari qiamat hingga ada 2 kelompok yang saling berperang, ketika itu para korban yang terbunuh sangat banyak padahal keduanya mengaku satu agama (Islam) dan tidak akan terjadi hari qiamat hingga timbul para ‘Dajjal pendusta’ yang jumlahnya hampir mendekati 30 orang (dan) semuanya mengaku dirinya Rasul Allah". 
(Hadis Riwayat Bukhari, no.3340) 


Ibnu Abbas r.a., mengatakan: 
"Sesungguhnya di antara kedua mata Dajjal tertulis "Kafir" (dalam hadis lain Kaf, Fa’ Ro’), 

Ibnu Abbas mengatakan; 
"Namun saya belum pernah mendengar beliau (secara langsung) mengatakan hal itu. 
(Hadis Riwayat Bukhari, no.5458) 


Dari Anas r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Tidaklah seorang Nabi pun diutus selain telah memperingatkan kaumnya terhadap yang buta sebelah dan pendusta, ketahuilah bahawasanya dajjal itu buta sebelah, sedang Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak buta sebelah, tertulis diantara kedua matanya KAFIR (mata Dajjal)." 
(Hadis Riwayat Bukhari, no.6598) 

Tambahan : Hadis ini membenarkan kata-kata Ibnu Abbas r.a pada hadis nombor 008. 


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Jalan-jalan Madinah dijaga oleh para malaikat, sehingga kota itu tidak akan dimasuki wabak taun ataupun dajjal." 
(Hadis Riwayat Bukhari, no.6600)




Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Apabila kalian selesai dari tasyahud akhir, hendaklah memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu; dari seksa neraka Jahannam, dari seksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta dari kejahatan Dajjal." 
(Hadis Riwayat Abu Daud, no.833) 


Dari Imran bin Hushain r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Akan sentiasa ada sekelompok dari umatku yang berperang di atas kebenaran dalam keadaan unggul atas orang-orang yang memusuhi mereka hingga orang terakhir diantara mereka memerangi Al Masih Dajjal." 
(Hadis Riwayat Abu Daud, no.2125) 


Dari Anas bin Malik r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Tiga perkara yang merupakan dasar keimanan, iaitu menahan diri dari orang yang mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAAH, dan kita tidak mengkafirkannya kerana suatu dosa, serta tidak mengeluarkannya dari keIslaman kerana sebuah amalan. Jihad tetap berjalan sejak Allah mengutusku hingga umatku yang terakhir memerangi Dajjal, hal itu tidaklah digugurkan oleh kezaliman orang yang zalim, serta keadilan orang yang adil, dan beriman kepada takdir." 
(Hadis Riwayat Abu Daud, no.2170) 


Dari Abdullah bin Umar r.a berkata: 

"Saat kami duduk-duduk di sisi Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda menceritakan tentang fitnah, panjang lebar Baginda bercerita sekitar fitnah itu hingga lah Baginda menyebutkan tentang fitnah Al-Ahlas. 

Seorang lelaki lalu bertanya, 
"Wahai Rasulullah, apa itu fitnah Al-Ahlas?" 

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab: 
"Adanya permusuhan dan peperangan, kemudian fitnah kesenangan yang asapnya muncul dari bawah kedua kaki seorang lelaki ahli baitku. Ia mengaku berasal dari keturunanku, padahal bukan. Wali-waliku hanya orang-orang yang bertakwa. Kemudian orang-orang akan berdamai pada seorang lelaki layaknya pangkal paha yang bertumpuk di tulang rusuk (kesepakatan yang pura-pura). Kemudian akan muncul fitnah seorang yang buta (dengan kekuasaan), tidak seorang pun dari umat ini kecuali ia akan mendapat satu tamparan di mukanya (bencana kerosakan darinya). Ketika fitnah itu telah dianggap selesai, namun fitnah tersebut (sebenarnya) terus berlanjutan. Seorang lelaki yang paginya beriman menjadi kafir di waktu petang, sehingga manusia akan menjadi 2 kelompok; sekelompok orang yang beriman dan tidak ada kemunafikan dalam keimanannya, dan sekelompok orang yang penuh kemunafikan dan tidak ada keimanan padanya. Jika keadaan kalian sudah begitu, maka tunggulah munculnya Dajjal pada hari itu atau keesokan harinya." 
(Hadis Riwayat Abu Daud, no.3704) 


Dari Abdullah bin Busr r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Antara peperangan dan pembukaan kota Constantinopel jaraknya 6 tahun, lalu Al Masih Ad Dajjal keluar pada awal tahun ke-7." 
(Hadis Riwayat Abu Daud, no.3744) 


Dari Imran bin Hushain r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Siapa yang mendengar (kedatangan) Dajjal hendaklah menjauhinya. Demi Allah, seorang lelaki benar-benar akan didatangi Dajjal dan merasakan bahawa ia adalah seorang mukmin, lalu ia akan mengikuti setiap subahat (keraguan) yang ditebarkannya (iaitu, bekerjasama atau mengikuti Dajjal)." 
(Hadis Riwayat Abu Daud, no.3762) 


Dari Ubadah bin Ash Shamit r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Sungguh, aku telah menceritakan perihal Dajjal kepada kalian, aku bimbang kalian tidak lagi mampu memahaminya (masih tidak faham bentuk Dajjal). Sesungguhnya Al Masih Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, berkaki bengkok, berambut kerinting, buta sebelah dan matanya tidak terlalu menonjol dan tidak pula terlalu tenggelam. Jika kalian merasa bingung, maka ketahuilah bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak bermata juling." 

(Hadis Riwayat Abu Daud, no.3763) 


Dari An Nawwas bin Sam'an Al Kilabi r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Jika saat Dajjal keluar aku masih bersama kalian maka akulah yang akan melindungi kalian darinya. Namun jika ia keluar dan aku tidak lagi bersama kalian, maka setiap orang harus melindungi dirinya sendiri. Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah pelindung bagiku dan setiap muslim. Barang siapa di antara kalian berjumpa dengannya, hendaklah ia bacakan awal surat Al-Kahf, sebab itu akan melindungi kalian dari fitnahnya." 

Kami lalu bertanya, 
"Berapa lama ia akan tinggal di bumi?" 

Beliau menjawab: 
"40 hari. 1 hari seakan setahun, 1 hari seakan sebulan, 1 hari seakan seminggu dan hari-harinya dia sama sebagaimana hari-hari kalian." 

Kami bertanya lagi, 
"Wahai Rasulullah, pada hari yang seakan 1 tahun, apakah solat kami akan mencukupi untuk waktu sehari semalam?" 

Beliau menjawab, 
"Tidak, namun sesuaikanlah (setiap waktu solat). 
Kemudian Isa putera Maryam (a.s) akan turun di sisi menara putih, sebelah timur kota Damascus (Syria). Lalu ia menemukan Dajjal di pintu Lud (sebuah tempat di dekat Baitul Maqdis), lantas ia pun membunuhnya." 
(Hadis Riwayat Abu Daud, no.3764) 


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Tidak ada Nabi antara aku dan dia (maksudnya Isa a.s). Sungguh, kelak ia akan turun, jika kalian melihatnya maka kenalilah. Ia adalah seorang lelaki yang sedang-sedang (tidak tinggi ataupun pendek), berkulit merah keputih-putihan, mengenakan kain berwarna putih kekuningan. Seakan rambut kepala menitis meski pun tidak basah. Ia akan memerangi manusia hingga mereka masuk ke dalam Islam, ia memecahkan salib, membunuh babi dan membebaskan jizyah (pajak). Pada masanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan membinasakan semua agama selain Islam, Isa akan membunuh Dajjal, dan akan tinggal di dunia selama 40 tahun. Setelah itu ia meninggal, kaum muslimin mensolatinya dan dikebumikan di sebelahku (Madinah)." 
(Hadis Riwayat Abu Daud, no.3766)




Dari 'Amru Bin Huraits r.a., bahawa Abu Bakar r.a. sembuh dari sakitnya, kemudian dia pergi menemui orang-orang dan meminta maaf kerana sesuatu dan berkata; "Kami tidak menginginkan kecuali kebaikan", lalu berkata; "Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda kepada kami, bahawa Dajjal akan muncul dari bumi bahagian timur, yang disebut Khurasan, banyak manusia yang mengikutinya, wajah mereka bagaikan alat yang ditempa (perisai)." 
(Hadis Riwayat Ahmad, no.00033)


Dari Jabir bin Samurah r.a. dan dari Nafi' bin Utbah bin Abu Waqqash, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Kalian akan memerangi Jazirah Arab kemudian Allah Subhanahu Wa Ta'ala menaklukkannya untuk kalian. 
Kemudian kalian akan memerangi Persia dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala menaklukkannya untuk kalian. 
Kemudian kalian akan memerangi Romawi dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala menaklukkannya untuk kalian. 
Kemudian kalian akan memerangi Dajjal dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala menaklukkannya untuk kalian." 

Nafi' berkata dan Jabir berkata; 
"Dajjal tidak akan keluar sampai Romawi ditaklukkan." 
(Hadis Riwayat Ahmad, no.1458)


Dari Abu Ubaidah bin Al Jarrah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyebutkan tentang Dajjal, lalu memperincikan dengan cirri-cirinya yang aku tidak dapat mengingatnya." 

Para sahabat bertanya;
"Wahai Rasulullah bagaimana hati kami ketika itu, apakah seperti hari ini?" 

Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab; 
"Atau (boleh jadi) lebih baik." 
(Hadis Riwayat Ahmad, no.1600)


Dari Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Dajjal akan turun pada dataran yang subur ini dengan melewati satu lembah, dan golongan yang paling banyak keluar untuk menuju kepadanya ialah dari kalangan kaum wanita, sehingga seorang lelaki akan kembali menemui isterinya, ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan kepada pembantu perempuannya untuk mengikat mereka dengan tali kerana bimbang mereka akan keluar menuju kepada Dajjal. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menjadikan kaum Muslimin berkuasa atasnya sehingga mereka pun akhirnya dapat membunuhnya dan juga kelompoknya, sampai-sampai ada seorang Yahudi yang bersembunyi di balik pohon atau batu besar, lalu batu besar itu atau pohon itu berkata kepada orang Muslim (melalui mata hati), 'Wahai Muslim ada seorang Yahudi di bawahku, bunuhlah ia!."
(Hadis Riwayat Ahmad, no.5099)


Abdullah bin Umar berkata : Kami diceritakan tentang Haji Wada' namun kami tidak mengetahui hal itu adalah wada' (haji perpisahan) Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Pada saat Haji Wada' Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berkhutbah, Baginda menyebut-nyebut Al Masih Ad Dajjal kemudian Baginda terus menyebutnya berulang kali hingga Baginda bersabda:

"Tidaklah Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengutus seorang Nabi kecuali dia mengingatkan umatnya (dari bahaya Dajjal), Nuh a.s. telah mengingatkan umatnya dan juga para Nabi yang datang setelahnya. Ketahuilah bahwa Dajjal tidaklah tersembunyi, dan jangan sekali-kali tersembunyi dari kalian. Dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidaklah buta sebelah.”
(Hadis Riwayat Ahmad, no.5909)


Abdullah bin 'Amr r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Dajjal akan muncul di tengah-tengah umatku lalu ia akan tinggal bersama mereka selama 40. Aku tidak tahu apakah itu 40 hari, 40 tahun, 40 malam, atau 40 bulan. "Lalu Allah Subhanahu Wa Ta'ala membangkitkan Isa bin Maryam a.s dan wajahnya seperti Urwah bin Mas'ud Ats Tsaqafi.

Ia akan muncul dan membinasakan Dajjal. Setelah itu manusia hidup dalam keadaan damai dan (hampir) tidak ada pertikaian antara dua anak manusia, kemudian Allah Subhanahu Wa Ta'ala menghembuskan angin dingin yang datang dari arah negeri Syam. Tidak ada seorang pun yang di dalam hatinya terdapat sebiji sawi keimanan kecuali Dia pasti akan mengambil nyawanya (mewafatkannya) hingga jika ada diantara mereka yang bersembunyi di perut gunung nescaya angin itu akan mendatanginya."

Ia (Abdullah) berkata: Aku mendengarnya dari Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, 

"Kemudian tinggallah manusia-manusia yang jahat, yang selalu bersegera dalam melakukan kejahatan. Mereka tidak mengenal kebajikan dan tidak mengingkari kemungkaran." 

Beliau berkata (melanjutkan sabdanya): 

"Kemudian syaitan menampakkan dirinya dan menyeru, 'Mahukah kalian menerima ajaranku? ' Kemudian ia menyuruh mereka, hingga mereka pun menyembah berhala-berhala padahal mereka telah diberikan rezeki yang banyak dan kehidupan yang nyaman. Kemudian ditiuplah sangkakala, dan tidak ada seorang pun yang mendengarnya kecuali pasti ia akan memiringkan kepalanya. Dan manusia yang paling pertama mendengarnya ialah seorang lelaki yang sedang memperbaiki kolamnya, kemudian ia terkejut hingga menemui ajalnya. Lalu tidak tertinggal seorang pun kecuali ia pasti binasa. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta'ala menurunkan hujan rintik-rintik lalu dengan jasad manusia tumbuh kembali dan bermunculan dari dalam kubur. Kemudian ditiuplah sangkakala untuk kedua kalinya dan tiba-tiba manusia berdiri (untuk menunggu keputusan)." 

Beliau berkata:
"Kemudian dikatakan, 'Wahai manusia, mendekatlah kalian kepada Rabb kalian! ' 
(Dan tahanlah mereka (di tempat perhentian) kerana sesungguhnya mereka akan ditanya).

'Beliau berkata: 
"Kemudian dikatakan, 'Keluarkanlah penghuni neraka!' ". 

Beliau berkata: 
"Lalu ditanyakan, 'Berapa?' 

Dia menjawab, 
'Setiap 1000 orang keluarkan lah 999 orang dari mereka. 
'Maka pada hari itu anak-anak dibangkitkan dalam keadaan telah beruban dan pada hari itu pula betis disingkapkan."

Muhammad bin Ja'far berkata: 
Syu'bah meceritakan hadis ini kepadaku berkali-kali, dan akupun memaparkannya kepadanya. 
(Hadis Riwayat Ahmad, no.6268)


Dari Jabir bin Abdullah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Dajjal akan keluar saat terjadinya krisis dalam memeluk agama dan banyak yang meninggalkan ilmu. Dia mengelilingi bumi selama 40 malam, sehari lamanya ada yang seperti 1 tahun. Sehari di dalamnya, ada yang lamanya seperti 1 bulan. Satu hari di dalamnya lamanya seperti 1 minggu, lalu semua harinya sebagaimana hari kalian ini. Dia mempunyai keldai dan dinaikinya, jarak antara kedua telinganya 40 dhiro' (hasta). Dia berkata kepada manusia, "aku adalah Tuhan kalian". Dia buta salah satu matanya. Dan ingatlah Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidaklah buta sebelah. Tertulis antara kedua matanya KAFIR, KAF -FA’- RO’ yang dapat dieja setiap orang mukmin baik yang boleh menulis mahu pun yang tidak. Dia mendatangi semua sumber-sumber air dan menghabiskannya, dan juga akan masuk ke semua kota kecuali Madinah dan Makkah, kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah mengharamkan keduanya. Para malaikat berdiri di pintu-pintunya. Dajjal membawa segunung roti dan manusia (semuanya) dalam kesusahan kecuali yang mengikutinya. Dia mempunyai dua sungai, saya (Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam) lebih tahu keduanya daripada dia sendiri. Sungai yang dikatakan syurga dan sungai yang dikatakannya neraka. Siapa yang dimasukkan ke dalam syurganya maka itu sebenarnya adalah neraka, dan yang dimasukkan ke dalam neraka itu sebenarnya adalah syurga ".

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi,
“Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengutus bersamanya para syaitan, yang akan mengajak berbicara kepada manusia, dia membawa fitnah yang sangat dahsyat. Dia seolah-olah boleh memerintahkan langit sehingga menurunkan hujan menurut penglihatan manusia, membunuh orang lalu menghidupkannya kembali menurut pandangan mereka, tidak ada yang mengalahkannya dari kalangan manusia. Dia berkata; "Wahai manusia, bukankah tidak dapat melakukan hal ini kecuali Rabb Azza wa Jalla".

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam terus bersabda,
"Lalu orang-orang Muslim lari ke gunung Dukhan di Syam, lalu dia mendatangi mereka dan mengepungnya dengan kepungan yang sangat ketat dan sangat susah payah, lalu turunlah 'Isa bin Maryam, Beliau memanggil di waktu menjelang subuh. Lalu Beliau berkata, 'Wahai manusia, apa yang membuat kalian keluar menghindari pendusta yang sangat keji itu?’ Lalu mereka menjawab, 'Ini adalah seorang yang keji. Lalu mereka meninggalkannya dan mengikuti 'Isa bin Maryam a.s., Lalu dilaksanakan solat, lalu dikatakan kepadanya, 'Majulah wahai Ruh Allah', lalu Isa mengatakan, 'Agar Imam kalian maju dan memimpin solat kalian (Imam Al Mahdi)'. Setelah mereka selesai solat subuh mereka keluar menuju 'Isa".

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 
Tatkala Dajjal melihat (Nabi Isa a.s), dia mencair sebagaimana garam yang mencair dalam air, lalu ('Isa bin Maryam a.s.) berjalan menuju dia dan membunuhnya, sampai pohon dan batu saja memanggil 'Wahai ruh Allah ini orang Yahudi', maka dia tidak meninggalkan seorangpun yang mengikuti (Dajjal) kecuali beliau membunuhnya. 
(Hadis Riwayat Ahmad, no.14126)


Dari Sha'bi bin Jatstsamah bin Qais bin 'Abdullah Ya'mar r.a : Sesungguhnya saya telah mendengar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Dajjal tidak akan keluar sampai manusia lupa menyebutnya dan sampai para pemimpin lupa menyebutkannya di atas mimbar." 
(Hadis Riwayat Ahmad, no.16073)


Dari Mutharrif bin 'Abdullah bin Asy Syakhir dia berkata; Imran bin Hushain bin 'Ubaid bin Khalaf r.a berkata kepadaku : Sungguh aku akan menceritakan kepadamu satu hadis hari ini, agar Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan manfaat padamu di hari-hari yang akan datang, ingatlah bahawa sebaik-baik hamba Allah Subhanahu Wa Ta'ala pada hari qiamat adalah umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, dan ingatlah bahawa akan selalu ada sekelompok manusia dari pemeluk agama Islam yang selalu berperang membela kebenaran dan selalu memenangkannya dari musuh-musuh mereka hingga mereka berhasil membunuh Dajjal. 
(Hadis Riwayat Ahmad, no.19049)


Dari 'Imran bin Hushain r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Barangsiapa mendengar berita tentang Dajjal, maka menjauhlah darinya!." (beliau mengulanginya hingga 3 kali), kerana orang yang mendatanginya, nescaya ia akan mengikutinya kerana menyangkanya sebagai orang yang benar dengan syubhat (kesamaran) yang Dajjal bawa." 
(Hadis Riwayat Ahmad, no.19118)


Dari Ubay bin Ka'ab bin Qais r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Salah satu dari kedua matanya (Dajjal) seperti kaca berwarna hijau, dan berlindunglah kalian kepada Allah Tabaaraka Wa Ta'ala dari seksa kubur." 
(Hadis Riwayat Ahmad, no.20220)


Dari Hudzaifah bin Al Yaman r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Dalam umatku ada para pendusta dan Dajjal. Dajjal sebanyak 27, diantara mereka ada 4 orang wanita, aku adalah penutup para nabi, tidak ada Nabi setelahku." 
(Hadis Riwayat Ahmad, no.22269)


Dari Hafshah binti 'Umar bin Al Khaththab r.h., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Sesungguhnya pertama kali Dajjal keluar kepada manusia, ia dalam keadaan marah." 
(Hadis Riwayat Ahmad, no.25222)


Dari Abu Darda' r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal." 
(Hadis Riwayat Ahmad, no.26244)


Dari Fatimah binti Qais r.h., suatu hari Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam datang dengan tergesa-gesa lalu naik ke mimbar, maka diserukanlah, “Hendaklah solat berjamaah”, orang-orang pun berkumpul, kemudian Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku tidak menyeru kalian untuk menakut-nakuti dan mengejutkan kalian, akan tetapi Tamim Ad Dari telah menceritakan kepadaku bahawa sekelompok manusia dari penduduk Palestin telah mengharungi lautan, lalu mereka diterpa angin (ribut) sampai terdampar di sebuah pulau dari beberapa pulau di lautan. Tiba-tiba mereka bertemu dengan makhluk yang berambut panjang (berbulu lebat) sehingga tidak diketahui apakah dia lelaki atau perempuan kerana rambutnya sangat lebat. 

Mereka bertanya, 
'Siapa kamu? 

Makhluk itu menjawab, 
'Aku adalah Jassasah'. 

Mereka bertanya, 
'Mahukah kamu bercerita kepada kami?' 

Makhluk itu menjawab, 
'Aku bukanlah orang yang bercerita dan bukan pula yang meminta cerita kepada kalian, akan tetapi pergilah ke tempat peribadatan (biara) ini, di sana ada seorang lelaki yang memerlukan cerita-cerita dari kalian dan dia akan bercerita untuk kalian.'

Kemudian mereka memasuki biara, tiba-tiba mereka bertemu dengan seorang lelaki yang buta sebelah matanya dan terbelenggu rantai.

Dia bertanya, 
'Siapa kalian?’ 

Mereka menjawab, 
'Kami adalah orang-orang Arab.’

Dia bertanya lagi, 
'Apakah sudah ada seorang Nabi yang diutus untuk kalian?' 

Mereka menjawab, 
'Ya.' 

Dia berkata, 
'Apakah orang-orang Arab mengikutinya?'

Mereka menjawab, 
'Ya.' 

Dia lalu berkata, 
'Itu lebih baik bagi mereka.' 

Lantas dia bertanya, 
'Apa yang diperbuat oleh (orang-orang) Persia?
Apakah dia (Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam) dapat menguasainya (atau mengalahkannya)?

Mereka menjawab,
'Tidak.' 

Dia lalu berkata, 
'Sesungguhnya mereka akan dapat menguasainya.' 

Kemudian dia bertanya lagi, 
'Apa yang terjadi dengan mata air Zughar?’ 

Mereka menjawab, 
'Dia mengeluarkan air dengan banyak.' 

Kemudian dia bertanya lagi, 
'Apa yang terjadi dengan pohon kurma yang ada di Baisan, apakah ia memberikan kecukupan makan? ' 

Mereka menjawab, 
'Ya, untuk penduduknya.'

Kemudian dia berdiri dengan cepat, sehingga kami mengira bahawa dia akan lepas, maka kami berkata, 'Siapa kamu? ' 

Dia menjawab, 
'Aku adalah Dajjal, aku akan menginjakkan kakiku ke semua penjuru bumi, kecuali Makkah dan Taibah.”

Maka Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 
"Aku khabarkan berita gembira ini wahai orang-orang Muslim, (Kota Madinah) ini adalah Taibah yang tidak akan dimasuki oleh Dajjal." 
(Hadis Riwayat Ahmad, no.26084)









semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita semua, 
dalam segala hal, Allahu a'lam..