Sheikh Imran Nazar Hosein


Sheikh Imran Nazar Hosein dilahirkan di Pulau Caribbean, iaitu di Trinidad pada tahun 1942 dari ibu bapa yang berhijrah sebagai buruh kontrak dari India. Beliau adalah lulusan dari Institut Aleemiyah Karachi dan telah belajar di beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk Universiti of Karachi, Universiti of West Indies, Universiti Al Azhar dan Institute of International Relations Geneva Switzerland. Sebelum menjadi pendakwah, Sheikh Imran telah bekerja selama beberapa tahun sebagai Pegawai Perkhidmatan Luar di Kementerian Luar Negeri Kerajaan Trinidad dan Tobago, tetapi pada tahun 1985 beliau meletakkan jawatan tersebut untuk mengabdikan hidupnya demi Islam.

Sheikh Imran pernah tinggal di bandaraya New York, Amerika Syarikat selama 10 tahun. Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pengajian Islam di Joint Committee of Muslim Organizations of Greater New York. Beliau memberi syarahan mengenai Islam dalam beberapa universiti, kolej, gereja, rumah-rumah ibadat, penjara, dewan orang ramai dan lain-lain tempat di sekitar Amerika Syarikat dan Kanada. Beliau juga mengambil bahagian dalam berdialog antara agama dengan paderi Nasrani dan Rabbi Yahudi semasa mewakili Islam di Amerika Syarikat. Beliau juga adalah Imam untuk Masjid Dar al-Qur'an di Long Island, New York. Beliau juga mengetuai solat Juma'at mingguan dan menyampaikan khutbah di Ibu Pejabat Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di Manhattan sebulan sekali selama sepuluh tahun secara berterusan.

Di antara jawatan lain yang pernah disandang oleh Sheikh Imran adalah;
i- Pengetua Institut Pengajian Islam Aleemiyah di Karachi, Pakistan.
ii- Pengarah Penyelidikan Kongres Dunia Islam di Karachi, Pakistan.
iii- Pengarah Institut Pendidikan & Penyelidikan Islam di Miami, Florida Amerika
iv- Pengarah Dawah Tanzeem-e-Islami Amerika Utara

  

Setelah menamatkan pengajian dari Institut Pengajian Islam Aleemiyah Karachi pada tahun 1971, dibawah bimbingan gurunya iaitu Maulana Dr. Muhammad Fazlur Rahman al-Ansari al-Qaderi rahimahullah (keturunan Abu Ayyub al-Ansari radi' Allahu ‘anhu) yang merupakan seorang cendekiawan Islam, guru dan pembimbing rohani, berserta dengan berkat guru kepada gurunya iaitu Maulana Muhammad Abdul Aleem Siddiqui al-Qaderi radi'Allahu ‘anhu (keturunan Abu Bakr as-Siddiq radi' Allahu ‘anhu), Sheikh Imran berusia 29 tahun, telah mengembara ke seluruh pelusok dunia secara terus menerus untuk menyampaikan da'wah Islam dan mengadakan kuliah. Sebahagian besar ucapannya, adalah memberi tumpuan kepada agenda perjuangan Zionisme dan juga tafsiran dan ta'wilan daripada ayat-ayat al Quran dan juga hadis mengenai akhir zaman. Selain itu, Sheikh Imran juga telah menulis pelbagai jenis buku berkaitan Islam. Buku bertajuk "Jerusalem dalam Al-Quran - Pandangan Islam Berkenaan Halatuju Jurusalem" telah menjadi 'best seller' dan telah diterjemahkan dan diterbitkan dalam berbagai bahasa dunia. Prof. Dr. Malik Badri, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), IIUM (UIAM), Kuala Lumpur, Malaysia, menulis Kata Pengantar untuk buku ini, menurutnya:

Akhirnya, saya kagum dengan gaya penulisan Imran. Walaupun tesis Jerusalem di dalam al-Quran ini ditulis dengan teliti dengan menggabungkan fakta-fakta agama, sejarah dan kejadian-kejadian politik masa kini berserta interpretasi mendalam al-Quran dan hadith, ia ditulis seperti sebuah cerita. Tidak mungkin dapat menghentikan bacaan buku ini apabila ia dimulakan. Ini adalah kualiti sebuah penulisan novel. Seorang pembaca akan membaca sekali sesebuah buku dan seterusnya mengenetepikannya - tetapi tidak kepada buku yang merangsang pemikiran seperti yang ditulis oleh Sheikh Imran ini. Buku ini adalah rujukan yang perlu diteliti untuk kajian berulang-ulang kali. Saya percaya kebijaksanaan Sheikh Imran dalam berbahasa adalah hasil dari kebolehannya tersendiri yang disertakan dengan usaha keras tanpa penat lelah sebagai penceramah dan da’i, serta Rahmat Ilahi atas keikhlasannya. ['Jerusalem Di Dalam al-Quran', Masjid Dar al -Al-Quran, Long Island, New York. 2002. p. xvi]

Prof. Dr. Abul Fadl Mohsin Ebrahim, Profesor Pengajian Islam di Universiti Durban di Afrika Selatan, mengatakan tentang buku ini:

Jerusalem Di Dalam al-Quran muncul pada waktu kritikal ketika moral kaum Muslim berada di tahap yang paling rendah. Pencerobohan Tanah Suci oleh golongan Yahudi yang tidak berkesudahan menyebabkan orang islam memohon kepada Tuhan sebagaimana dilakukan oleh saudara mereka semasa dihukum oleh golongan kuffar Mekah: "Bilakah akan datang pertolongan Allah?" Kebolehan Sheikh Imran merungkaikan sebab-sebab di sebalik kejadian di dunia hari ini menjadi sumber inspirasi buat golongan Islam kerana beliau menggunakan kaedah penafsiran ilmihah al-Quran dan hadith dengan meyakinkan dan menyatakan bahawa pertolongan Allah subhanahu wa ta'ala adalah hampir dan Tanah Suci akan dibebaskan dari cengkaman Yahudi dan Islam akan kembali sebagai negara pemerintah dunia kelak. Pembaca buku ini akan kagum dengan tahap pemahaman penulis dalam aspek politik dunia. Jerusalem Di Dalam al Quran merupakan suatu sumber yang memberi cahaya kepada golongan Muslim dan suatu pembuka mata buat mereka yang digelar 'Ahli Kitab'. ['Jerusalem Di Dalam al-Quran, Masjid Dar al-Qur'an, Long Island, New York. 2002.]

 French Translation Arabic Translation  Bahasa Indonesia Translation
 English Version  Urdu Translation  Bangla Translation




Bahasa Indonesia


Buku pertama Sheik Imran, bertajuk 'Islam dan Buddha di Dunia Moden' telah ditulis ketika berusia 29 dan masih kekal satu-satunya buku mengenai perkara itu oleh seorang ulama Islam. Buku yang memenangi pujian yang tertinggi dari ulama ulung seperti Naib Canselor Universiti Karachi dan ahli sejarah yang terkenal, Dr. Ishtiaq Husain Quraisy, ahli undang-undang Pakistan terkenal dan ahli falsafah, A.K. Brohi, dan ahli sosiologi Islam terkemuka, Dr. Basharat Ali. Ini adalah apa yang dikatakan oleh A.K. Brohi mengenai buku 'Islam and Buddha in the Modern World':

Apa yang paling mengejutkan saya ketika membaca karangan hebat Sheikh Imran adalah dari kejernihan, dan kejelasan, tindak balas dan gaya keserderhanaan yang sangat mengagumkan dengan dalil yang telah disampaikan oleh penulis pada awalnya untuk menjelaskan dan kemudian menilai secara kritis, walau bagaimana pun, ia adalah satu konsep falsafah yang sangat kompleks dalam agama yang mana sebahagian besar daripada manusia hari ini mendakwa mereka mengawal atau menyenggara kehidupan. Dalam ratus halaman penulis telah kemukakan kepada kita anggaran perbandingan kedua-dua agama besar dunia seperti agama Buddha dan Islam, dan, apa yang jauh lebih penting, penulis telah melakukan analisis kritis terhadap agama Buddha secara etika dan metafizik. Pada umumnya, perkara utama yang dibuat dalam buku ini cenderung menunjukkan pemikiran yang luar biasa dan hasil yang asli. Oleh kerana itu, buku ini disenaraikan sebagai salah satu sumbangan yang paling signifikan yang pernah dibuat terhadap kesusasteraan perbandingan agama...['Islam and Buddhism in the Modern World'. World Federation of Islamic Missions, Karachi. 1972. Back cover]

 Islam and Buddhism in the Modern World


Maulana Dr. Muhammad Fazlur Rahman al-Ansari al-Qaderi, seorang sarjana Islam zaman moden yang terkemuka, telah menulis 'Kata Pengantar' di dalam buku tersebut, dan ini adalah apa yang beliau katakan;

Saya dengan rasa sangat berbesar hati memperkenalkan monograf penyelidikan Imran Hosein mengenai "Islam and Buddhaism in the Modern World'', yang merupakan langkah pertamanya dalam bidang penulisan, dan boleh dikatakan buku yang pertama dalam tajuk ini yang pernah ditulis oleh seorang ulama Islam.
Penulis (Sheikh Imran) adalah seorang murid yang dikasihi oleh saya (Maulana), beliau telah mewarisi tradisi kecemerlangan cendiakawan moden dalam Falsafah dan Agama yang mewakili Dr. Syed Zafar-ul-Hassan MA, LL.B., Dr Phil. (Erl.), D. Phil. (Oxon.) dan Dr Sir Muhammad Iqbal MA, Ph.D., D.Litt.D., Bar-at-Law, dan usaha dakwah mewakili Maulana Muhammad Abdul Aleem Siddiqui al-Qaderi, dan saya berbangga dengan beliau. Walaupun masih muda, beliau telah berada di landasan kematangan dan kebijaksanaa, dan saya yakin bahawa hasil usahanya sebagai penyelidik akan membawa kepadanya kejayaan yang lebih besar di jalan kebenaran.
Buku ini adalah satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Tindak balas beliau terhadap subjek menunjukkan pemahaman yang jelas, berdasarkan fakta dan bukan perasaan atau pendapat, dan ketajaman kepintaran logik tahap tinggi. Pendekatan yang selaras ini adalah berbeza lagi kontra dengan pendekatan yang bermotifkan sebaliknya yang selalu ditunjukkan oleh pihak Nasrani dan Arya Samaj dalam penulisan mereka mengenai Islam. Saya berdoa kepada Allah untuk memberkati buku ini dengan kejayaan, Amin! ['Islam and Buddhism in the Modern World'. World Federation of Islamic Missions, Karachi.]

Selama 43 tahun Sheikh Imran mendedikasikan dirinya demi Islam, sejak menamatkan pengajian di Institut Pengajian Islam Aleemiyah Karachi pada tahun 1971, dengan anugerah ‘Dr. Ansari Gold Medal for High Merit’, tidak ada bukti bahawa kuliahnya, dawahnya dan ceramahnya pernah menyesatkan orang dalam aktiviti pengganas. Sama ada sarjana Islam ini mendapat petunjuk yang benar atau sesat, ia adalah hal yang ditentukan oleh orang-orang Muslim yang dengan ikhlas dan sungguh-sungguh mengikuti petunjuk al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad shallallahu ‘alayhi wassalam. Hal tersebut tidak boleh ditentukan oleh mereka yang bukan Muslim atau orang-orang Muslim yang melanggar perintah Ilahi di dalam al Quran (rujuk Surah al-Maidah, ayat ke-51) yang melarang umat Muslim bersahabat dan bersekutu dengan pakatan Nasrani-Yahudi (Zionist, Amerika, North Atlantic Treaty Organization dan Israel) yang sekarang menguasai dunia.

Adakah benar Khilafah Sunni telah kembali didirikan di Iraq?


Lampu memberikan kita cahaya supaya kita dapat melihat.

Kita dapat berjalan ke arah yang tertentu bila kita ada cahaya sebagai penyuluh jalan. Tanpa lampu dan tanpa cahaya yang dipancarkan oleh lampu itu, kita akan hidup dalam kegelapan dan kita tidak dapat melihat. 

Kebanyakan manusia pada hari ini hidup dalam kegelapan. Walau mereka memiliki mata, mereka tidak dapat melihat. Mereka hidup dalam kegelapan kerana tiada cahaya dari Allah didalam hati mereka. Apakah akibat yang akan ditanggung oleh mereka atas kebutaan mereka itu?

Allah Maha Bijaksana telah mengisytiharkan didalam Quran yang Allah telah menghias langit yang paling rendah dengan ‘lampu-lampu’: 

...وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِمَصَابِيح

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang.....
(Surah al-Mulk: 5)

Bagi mereka (hanya mereka sahaja) yang memiliki keupayaan untuk melihat kaitan antara satu bintang dengan bintang yang lain yang mana bintang berfungsi sebagai lampu yang dapat membolehkan kapal untuk belayar dilautan yang luas.

Sama juga keadaannya, hanya mereka yang mempunyai pandangan rohani sahaja yang mampu mengaitkan titik-titik peristiwa dalam sejarah. Oleh itu mereka dapat membaca dan memahami peristiwa yang amat misteri sekali berlaku di pentas dunia.

Mereka yang tidak dapat melakukan perkara itu akan sentiasa memberikan tindak balas kepada pernyataan dengan kefahaman yang stereotaip terhadap ‘teori konspirasi’ ini. 

Mereka akan menerima padahnya atas kebutaan mereka dan ketidak upayaan mereka untuk memahami penerangan yang telah diberikan oleh Quran terhadap realiti dunia pada hari ini dan juga kerana mereka tidak mengambil peduli akan beberapa amaran Allah didalam Quran dan juga bukti yang sahih didalam sirah akan konspirasi golongan Yahudi terhadap Islam dan orang-orang Islam. 

Bahkan ilmuan hebat dalam politik sains pada hari ini juga gagal untuk menyambung titik-titik peristiwa sejak dari kemunculan Pax Britanika dan penggantian nya dengan Pax Amerikana. Mereka gagal meramalkan kemuncak berlakunya satu proses yang misteri iaitu Pax Judaika yang akan menyaksikan kemunculan negara Yahudi iaitu Israel yang akan mewarisi pemerintahan dunia.

Kita dahpun menyambung titik-titik peristiwa itu sejak 12 tahun yang lepas lagi dan kita dah menerbitkan buku terlaris dalam esketologi Islam yang bertajuk ‘Jerusalem in the Qur’an’. (Lihat www.imranhosein.org; www.imranhosein.com) 

Ilmuan yang sekular juga tidak mampu untuk menyambung titik-titik peristiwa tersebut dan menyingkap 3 fasa misteri dalam proses politik dan misteri peralihan keluar wang yang sebenar daripada pasaran dan penggantiannya diseluruh dunia dengan wang kertas dan wang elektronik yang palsu, menipu dan jelas sekali haram . Kami telah menyambung titik-titik kewangan itu dalam buku kecil kami (juga buku esketologi Islam) yang bertajuk ‘The Gold Dinar and Silver Dirham – Islam and the Future of Money’.

Ada banyak lagi titik-titik yang mesti disambungkan jika kita benar-benar mahu memahami realiti misi dajjal di dunia pada hari ini. 

Bila manusia tidak dapat melihat, akan ada orang-orang yang dengan penuh teruja mengeksploitasi peluang untuk meletakkan rantai besi di leher mereka, senjata ditangan, wang didalam saku dalam usaha untuk mendirikan khilafah Islam yang palsu dan tidak masuk akal dan untuk mengiktiraf dan mempercayai Imam Mahdi yang palsu. Itulah yang sebenarnya sedang berlaku di Iraq. 

Perjuangan itu palsu kerana sumber yang membekalkan senjata dan pembiayaan kepada mereka adalah dari pihak musuh. Siapakah yang membekalkan senjata peperangan dan membiayai apa yang digelar sebagai jihad itu? Jawapannya sangat jelas sekali. Ia adalah Zionist, iaitu pihak yang sama yang telah membekalkan senjata, latihan dan biaya kepada pejuang di Libya dan Syria dan sekarang ini mereka sedang melakukannya di Iraq. 

Mereka adalah termasuk kerajaan British, Amerika dan Peranchis dengan dibantu oleh rakan syubahat mereka, Saudi, Turki dan banyak lagi negara lain termasuk Qatar, Jordan, Pakistan, dll.

Merekalah yang bertanggung jawab atas kemunculan pasukan penentang yang penuh dendam yang sekarang ini mengisytiharkan satu cetakan baru khilafah di Iraq. Dimanakah ianya dicetak dan dimanakan pembalas dendam ini dicetak? Pejuang ISIS atau ISIL dilahirkan hasil dari nyalaan api yang mengerikan sejak bertahun-tahun termasuk sekatan yang tidak adil oleh barat ke atas Iraq. Zaman remaja mereka telah dipercik oleh darah dari kekejaman yang tidak adil dan penyeksaan yang sengaja dan tanpa belas kasihan dilakukan di penjara Abu Gharib di Iraq, kem tahanan US yang besar di Guantanamo dan juga di tempat tahanan rahsia di beberapa tempat didunia.

Telah berlaku berbagai kaedah penyiksaan yang kejam dan penghinaan seksual secara terang-terangan yang telah dilakukan oleh kepimpinan politik dan ketenteraan Judeo-Kristian atau ketamadunan barat moden. (Adalah perlu diingatkan yang Kristian Orthodoks bukan sebahagian dan tidak akan menjadi sebahagian dari ketamadunan barat moden yang mana sekarang ini menggubal undang-undang membenarkan perkahwinan antara lelaki dengan lelaki). Ianya sengaja direka cipta sedemikian agar mereka dengan liciknya dapat menghasilkan para pejuang ISIS/ISIL sebagaimana yang kita dapat saksikan pada hari ini.

Golongan sunni di Iraq juga merasa sangat kecewa bila Syiah di Iraq dengan gelojohnya dan secara suka rela menyerah kepada kuasa-kuasa barat dengan turut serta dalam pilihanraya yang ditaja oleh US ketika negara itu masih dikuasai mereka – kemudian saksikanlah kekecewaan puak Sunni bila Syiah memenangi pilihanraya dan dengan gembira sekali mengkhianati Islam dalam mengambil alih pemerintahan di Iraq yang mana berada di bawah takluk tentera barat.

Setelah mereka berjaya mencipta para pejuang, mereka telah memastikan yang pejuang tersebut dirangsang oleh kemarahan sehingga menghasilkan sikap pendendam yang amat sangat sehingga cukup untuk melancarkan siri peperangan yang paling kejam dan ganas. Perancang tersembunyi yang melaksanakan insiden 9/11 sekarang ini telah mendedahkan perancangan yang mereka telah lama diatur yang mana mereka berhasrat untuk memberikan satu gambaran kepada dunia, yang Islam sedang bangkit dan mahu mengancam dunia! 

Dalam ceramah yang saya sampaikan 10 tahun yang lalu mengenai pelan utama mereka yang termasuk mencipta satu causus bellum atau justifikasi yang akan membenarkan puak barat melancarkan satu perang besar (yang telah dirancang dari awal) ke atas orang-orang Arab dan orang-orang Islam bagi pihak Israel.

Sebetulnya, saya menjangka yang Israel sendiri akan muncul dari sebalik tabir dan mengetuai sendiri peperangan yang besar itu. Causus bellum atau justifikasi untuk memulakan peperangan itu perlu dirancang dengan amat teliti supaya pihak barat dapat mendakwa yang mereka melancarkan peperangan itu demi untuk menyelamatkan umat manusia dari Islam yang sedang bangkit dan mengancam seluruh umat manusia. 

Berita terbaru yang kita dapat dari Iraq, iaitu terbinanya kembali negara khilafah dan pelantikan khalifah benar-benar sepadan dengan perancangan Zionis tersebut. Kita sekarang dapat menjangka akan berlakunya beberapa kejadian yang mengejutkan yang akan memberikan peluang kepada Israel untuk melaksanakan agendanya ke arah order baru dunia iaitu Pax Judaika: 

1. Khilafah sunni akan melancarkan peperangan yang sengit dan ganas keatas semua kawasan yang berada di wilayah Iraq Utara dan timur laut Syria yang mana ianya bertujuan untuk memprovokasi Syiah Iran dan Iraq agar membuat tindak balas ketenteraan. Dengan mengikut jejak langkah pengkhianatan Empayar Usmaniyah, Turki akan menanti dengan sabar akan tindak balas tentera Iran sebelum masuk campur dalam peperangan tersebut agar puak Sunni dapat mencapai kemenangan. Kerajaan Usmaniyah yang digelar sebagai negara Islam sebelum ini telah memberikan kemenangan bagi pihak sunni dengan cara melancarkan peperangan yang tidak adil ke atas syiah Iran sejak beratus tahun yang lampau lagi.
2. Sekarang ini saya menjangka, dengan rasa amat kesal sekali yang mana tidak lama lagi, zionis akan mendapat salah satu dari matlamat yang mereka idamkan selama ini, iaitu tercetusnya peperangan saudara antara Sunni dan Syiah dikalangan umat Islam. 
3. Pihak barat akan mengambil kesempatan atas semua yang berlaku ini dengan beberapa cara iaitu: 
a) Dengan hati-hati mereka akan menyusun agar imej Islam menjadi satu kuasa yang sedang bangkit dan mengancam seluruh ketamadunan dunia. 
b) Keganasan dalam bentuk peperangan saudara dikalangan umat Islam. 
c) Perang saudara di Pakistan antara Sunni dan Syiah dan antara Sunni dengan kerajaan Pakistan, untuk menyerang dan memusnahkan loji nuklear dan senjata nuklear Pakistan dan memastikan Pakistan menjadi sebuah negara yang bercerai berai. Saya menjangka akan muncul seorang pemimpin Hindu yang baru dan amat bermusuh dengan Islam yang mana dia dengan senang hati menyertai usaha untuk mencerai beraikan Pakistan.  
[Dia dan pengikutnya amat bermusuhan dengan orang Islam atas sebab-sebab yang sama seperti permusuhan antara Islam dengan Kristian Orthodoks di Rusia, Greece, Armenia dan lain-lain tempat di Eropah Timur. Kedua-dua pihak, empayar Usmaniyah dan empayar Mongul Islam telah melancarkan peperangan yang tidak adil ke atas Kristian Orthodoks dan Hindu, menduduki wilayah mereka sebagai pemerintahan sebuah empayar. Kristian Orthodoks dan juga Hindu telah di hina dan dimalukan oleh penaklukan pemerintahan empayar Islam.]  
Bolehkah tentera bersenjata Pakistan yang terus-terusan mendapat bantuan dari NATO dalam peperangan yang tidak adil atas negara Afganistan dan telah melakukan penindasan yang kejam ke atas penduduk Afghanistan muslim yang tidak bersalah, menjangka untuk mendapat pembelaan dari Allah?  
Bolehkah mereka berharap kepada bantuan daripada orang Islam yang telah mereka khianati secara berterusan? 
Mungkin kepimpinan tentera bersenjata Pakistan masih belum sedar yang agama Islam sebenarnya langsung tidak berkompromi dengan penindasan, dan mereka akan menanggung akibat dari bantuan dan syubahat mereka terhadap penindasan yang telah berlaku.  
4. Saya percaya yang pihak barat akan berusaha untuk memujuk Iran agar melancarkan serangan ke atas Arab Saudi dengan berjanji yang Mekah dan Madinah akan jatuh ke tangan pemerintahan Syiah. Tawaran ini amat sukar ditolak kerana ianya dapat membantu kemunculan palsu Imam Mahdi dan seterusnya pengiktirafan Imam Mahdi yang akan dipilih dan dipersiapkan oleh Zionis. 
5. Peperangan biologi (wabak) ke atas orang Arab, sebagaimana yang diramalkan oleh Nabi Muhammad sallalahu ‘alaihi wa sallam yang akan menghapuskan mereka: 
Riwayat Auf bin Malik: Saya pergi kepada Nabi sallalahu ‘alaihi wa sallam ketika perang Tabuk ketika itu baginda sedang duduk didalam khemah yang diperbuat dari kulit. Baginda Nabi sallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

”Ada enam tanda dekatnya kiamat: kematianku, penaklukan Jerusalem, wabak yang akan melanda kamu (dan membunuhmu dalam jumlah yang sangat besar) sebagaimana wabak yang terkena kepada kambing biri-biri, pertambahan harta kekayaan sehingga jika seseorang diberikan sebanyak seratus dinar, dia masih lagi tidak merasa puas hati; kesengsaraan melanda bangsa Arab yang mana tiada rumah yang dapat terlepas darinya, genjatan senjata antara kamu dan bani Asfar yang akan mengkhianati kamu dan menyerang kami dibawah 78 bendera. Setiap bendera mempunyai 12,000 tentera dibawah panji itu.  (Sahih al-Bukhari)
Akhir sekali kita kena berwaspada kerana pihak zionis barat akan mencari peluang untuk menyerang Rusia dan China sebagai pemilik kuasa nuklear. Peperangan antara NATO dengan Rusia sudahpun berlangsung secara proksi atau berwakil di Syria dan juga Ukraine dan mereka menanti masa untuk memasukkan Iraq dalam senarai mereka. Malhamah akan terjadi tanpa dapat dielakkan lagi. Sekarang ini saya sedang menulis artikel mengenai esketologi Islam dibawah tajuk ‘Islam and Russia’s tryst with Destiny' atau ‘Takdir pertemuan Islam dan Rusia’.

Antara amaran dan nasihat dari Nabi Muhammad sallalahu ‘alaihi wa sallam

"Akan terjadi satu bencana yang akan menghapuskan orang-orang Arab yang mana mereka yang terbunuh dan yang membunuh kedua-duanya berada dalam api neraka. Pada masa itu lidah akan menjadi lebih tajam daripada pedang." - Musnad Ahmad.

"Sebelum hari kiamat datang, akan ada bencana seperti kepingan malam yang hitam pekat, iaitu apabila seorang lelaki akan bangun pada waktu pagi sebagai orang yang beriman tetapi menjadi kafir petang, atau dia akan menjadi orang yang beriman pada waktu petang tetapi akan menjadi kafir pada waktu pagi. Dan orang yang sedang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, dan orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berjalan, dan orang yang berjalan lebih baik dari orang yang sedang berjalan. Jadi patahkan busur kamu, potong tali busur kamu dan patahkan pedang kamu di batu-batu, dan jika ada sesiapa yang mendatangi salah seorang daripada kamu, hendaklah ia menjadi seperti yang lebih baik daripada kedua-dua anak-anak Adam. (iaitu, yang terbunuh, bukan yang membunuh)." - Sunan Ibn Majah. 

"Sebelum kiamat akan berlaku Harj" Saya berkata: "Wahai Rasulullah, apa kah Harj itu". Beliau berkata: "Bunuh membunuh." Sebahagian riwayat lain mengatakan: "...... anda akan membunuh antara satu sama lain, sehingga seorang lelaki akan membunuh jiran dan anaknya, sepupu dan saudaranya." Sesetengah orang berkata: "Wahai Rasulullah, adakah fikiran kami waras pada hari itu? "Rasulullah berkata: "Tidak, masa itu kewarasan tidak lagi akan menjadi perkiraan sebahagian besar diantara kamu, dan yang tinggal hanyalah orang-orang yang tidak penting dan memiliki alasan yang tidak benar." - (Sunan Ibn Majah)

#teks tulisan asal #Diterjemah





















perbanyakkan mengamalkan Surah al Kahf, semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita, dalam segala hal, Allahu a'lam..

Three lectures on Islamic Eschatology - Coming Soon!



Series I - LECTURE by Sheikh Imran Hosein

Mysterious and Calamitous Transformation of the Muslim World over the last 100 years of Modern History

Why is the world being transformed into a homogenous global society with one world government? Why does the West want to rule the world? What explains the return of the Jews to reclaim Jerusalem as their own, to restore a State of Israel in the Holy Land, and to seek to replace USA with Israel as the ruling State in the world? What are the implications of the replacement of the Khilafah State with the modern secular State? Why were Dinar and Dirhams removed from the market and replaced with bogus paper money? Who is Dajjal? Who are Gog and Magog? How soon will the Malhama (great war) take place?


FORUM (in Bahasa Melayu)

KHILAFAH DAN MELAYU NUSANTARA (KHILAFAH AND THE MALAY ARCHIPELAGO)
Panel 1 : Sejarah Campurtangan Khilafah Islamiyah di Nusantara
Panel 2 : Imam Mahdi dan Teori Penegakan Khilafah Di Dunia Akhir Zaman


Series II - LECTURE by Sheikh Imran Hosein

The Emergence of Modern Western Civilization : An Islamic Eschatological Explanation

For the first time ever, a scholar of Islam presents an Islamic eschatological explanation of the most amazing phenomenon of modern history - i.e., the emergence of an absolutely new actor on the stage of the world (i.e., modern western civilization), hell-bent on pursuing an agenda of ruling the whole world while seeking to replace all previous civilizations with a new secular godless world-order. The lecture describes some of the political economic and monetary strategies employed in the pursuit of that goal, and evaluates those strategies in the light of the blessed Qur'an and the Al-hadith of Nabi Muhammad (sallalahu 'alaihi wa sallam). The lecture explains Pax Britanica and Pax Americana, and anticipates Pax Judaica. The lecture also explains the emergence of the UNO, IMF, the petro-dollar monetary system and the new cashless world that the will eventually deliver to banks the capacity to rule the world.


FORUM (in Bahasa Melayu)

JEJAK EMAS ALAM MELAYU (GOLD TRACKS IN THE MALAY WORLD)
Panel 1: Masa Depan Emas dan Perak Sebagai Matawang Dunia
Panel 2 : Seputar Sejarah Perbankan Dunia (berdasarkan buku ‘ The Banking History’)


Series III - LECTURE by Sheikh Imran Hosein

Beyond The Malhama (Armageddon) - Islam and The End Of Time of History

The prevailing view that Muslims will establish their exclusive rule over the world in the end-time is false. Rather the end-time will witness a Muslim-Christian (i.e., Rum) alliance that will successfully liberate the city of Constantinople and so free the Bosphorus from Zionist-NATO control. The Russian navy will then be able to pass through the Bosphorus on the way to the Holy Land.

The strategically important implication is that Russia will survive the great war that is now around the corner. This, and many other such issues, are explained by Islamic eschatology - and by only Islamic eschatology. This final lecture will attempt to present as comprehensive a picture as is possible of the world, post-Malhama.


FORUM (in Bahasa Melayu)

TA’ MELAYU HILANG DI DUNIA?
(NEVER SHALL MALAY VANISH FROM THE FACE OF THE EARTH?)
Panel 1 : Arkeologi : Pembenihan DNA Melayu
Panel 2 : Melayu Nusantara: Asal, usul dan Penghujungnya